Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Monday, May 10, 2010

DAN IBU SUDAH TIADA BERSAMAKU

Tujuh tahun lalu
cengkerik membisu awal pagi itu
awan ungu menabir bulan
angin malam dikaku waktu
waktu yang terhenti
untuk kaulafazkan ucap
lailaha illallah muhammadur rasullullah
Selamat jalan bonda
tenteram dirimu di sana

tidak terlupakan olehku
tubuhmu yang kering itu
kususui rakus tanpa belas
kaubiarkan aku menghilangkan hausku
agar tenteram dalam kekenyangan
agar tiada tangisan kelaparan
kerana sukarnya kehidupan

pagi ini tiba-tiba rinduku memuncak
setelah tujuh tahun kepergian ibu
lalu kuziarahi pusaramu
dipayungi pohonan kemboja
dan tenang menyelimuti diriku
kupanjatkan doa di atas pusaramu
tenang ibu di sana

sukarnya kuhilangkan rinduku padamu
di saat insani menyambut dan meraikan hari ibu
dan ibu sudah tiada bersamaku



8 comments:

muhddamine said...

selamat hari ibu, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

Penabahari said...

Amien. terima kasih atas doa sahabat. Allah akan membalas jasa sahabat.
Salam hormat.

kelompen said...

salam sahabat..
ibu terlalu hebat.
jiwanya kuat semangat

Penabahari said...

Salam jua buatmu sahabatku,
kekuatan ibu tiada taranya.Kasih ibu tiada tandingnya. Sayang ibu nyawa gadaiannya.

CT said...

"pagi ini tiba-tiba rinduku memuncak"
Hanya diri sendiri yang tahu bagaimana beratnya menanggung rindu pada 'orang yang telah pergi'...kalau masih hidup, jauhpun kita masih boleh berusaha untuk menziarahinya...memang berat dan sedih...CT faham perasaan abang. Hanya Al-fatihah yang dapat CT hadiahkan. Semuga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah...amien!

zedmagel said...

Salam Tuan,

Sangat terkesan dan menyentuh puisi ini. Saya juga telah ketiadaan ibu tersayang. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada semua ibu-ibu muslimah yang telah berpulang.

Penabahari said...

CT,
Rindu itu tidak pernah pudar dari ingatan dan hati kecil abang...

Penabahari said...

Semoga Allah menempatkan ibu sdr Zedmagel bersama mereka yang diredai Allah jua.
Doa yang tiada putus untuk semua ibu, semoga mendapat perlindungan Allah. jasa ibu-ibu terlalu besar dan bernilai...