Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Showing posts with label poetry. Show all posts
Showing posts with label poetry. Show all posts

Tuesday, November 3, 2015

KETIKA GETAH TERAMAT MURAH


Thursday, October 29, 2015

IKEBANA 2

...fragmen puisi IKEBANA 2

Malam kusulam aksara
menjadi kata-kata berbeza
antara janji dalam mimpi
dan realiti dinihari

kususun ranting bunga dan daun
menjadi ikebana citra kembara
setelah empat dasawarsa
membelah masa.

29 Oktober 2015





Friday, March 9, 2012

NYANYI SENJA DARUL HANA



Seabad dalam cendera
tanpa cahaya cita
terpadam lentera upaya
dibusa masa alpa
bersilih ganti cucu merpati
ditikam belati benci 
terhenti nadi
nubari dikoyak iri  
tanpa nyanyi
tanpa melodi
Darul Hana lena
di atas petamari sang pemimpi
dari negeri pencipta sakti

senja yang nyala
di langit Darul Hana
terpadam oleh sakti biru
hadir malam membawa kelam
Darul Hana bertanya
esok apakah suria
masih mahu setia
setelah semalaman 
dalam pelukan awan 

masa bukan teman setia
pada jiwa leka
masa tidak berjanji
melukis mimpi
jika malam direnang
dihempas ombak celaru 
dibusa angin benci
masa hanya setia
jika janji dipateri
nyanyi senja itu doa 
berlatar melodi murni

kelopak wara-wiri 
merah membakar kota
rimba dan fauna terus berdoa
hadirkan seorang wira
bara menghangatkan jiwa
kerana di sini anak bangsa
masih merindui 
nyanyi senja Darul Hana
yang mempesonakan dunia

9 Mac 2012


Monday, March 5, 2012

LALUAN REDA



(…Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? :Surah Ar Rahman ayat 13)

Sedang tubuh didakap lelah
menongkah masa alpa
ada ketika aku terlupa
nafas yang dihela
kurnia siapa?
mentari yang memberi
cahaya dan simpati
milik siapa?
tetes-tetes hujan
yang menghidupkan alam
melukis senyum
pada kelopak kemboja
ketentuan siapa?

Aku tersentak
dari lena yang fana
ketika suara hilang bicara 
mata tanpa cahaya
nafsu dikurung lesu
bertanya jiwa yang leka
milik siapa segala?

Dalam sendu kutatap alir tinta-Nya
madah mengajar makna pasrah
“maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu dustakan?”

aku berjalan dalam dusta
merentas masa leka
dibuai pawana alpa
Tuhanku,
Kembalikan aku
ke landasan rindu
agar dapat kutemui 
laluan redaMu

3 Mac 2012

Wednesday, February 29, 2012

LAYANG-LAYANG HIJRAH



Kuseru namamu
dalam sendu
selangit rindu membiru
segugus awan rawan
sepi dalam mimpi
mimpi diganggu sepi
kau telah pergi
janji Ilahi
segalanya pasti

seekor layang-layang hijrah
bertingkir di dahan gundah
pasangannya telah terbang
bersama angin yang pulang
sirna dari daerah fana

kuterima janji
dunia akan sirna  
alam akan pulang
tiba saatnya aku ke sana
melayang di langit pasti 
bertenggek di ranting bahari


Layang-layang hijrah
terbang dengan pasti
melayang di langit hakiki
sedang aku masih lagi
menganyam sarang sanktuari
di dahan pohonan yang semakin mati.

29 Februari 2012

Saturday, February 25, 2012

DURA SI PIPIT RAWA



Kota bata melata
ciak rumah berpesta
ada segala
hidup lama
aku si pipit rawa
dihimpit dura

padang rumput sirna
dan aku hilang punca
untuk kekal bernyawa 
desa tempat bersapa
hilang durja
hilang flora
hilang segala
dan aku si pipit rawa
mencari suaka

Selamat tinggal desa
aku si pipit rawa
hilang dimamah masa
didera suasana
dibenci manusia.

22 Februari 2012

Sunday, February 19, 2012

SIMFONI REMBAH KENING PUTIH




Pagi dingin adalah cermin
memantul segala resah
menjadi melodi sakti
menghibur alam
dari suram ciptaan petualang

pawana masih lena
menanti mentari berlari
mendaki hari 
fauna mula bernyanyi seribu suara
melodi harmoni
mengajar manusia erti sejahtera

Pagi begini
detik Rembah Kening Putih
bertingkir di dahan 
nyanyinya memecah sunyi
irama kehidupan
dan indahnya persepakatan

Simfoni Rembah Kening Putih itu
suara dari rimba
bercerita tentang bahagia
hidup di dunia fauna
tanpa dendam tanpa haloba
hanya syukur pada Yang Esa

Simfoni Rembah Kening Putih
mentafsir erti soleh
mengajar kita memilih
antara benci dan kasih
antara salam dan persengketaan
antara harmoni dan iri hati

Simfoni Rembah Kening Putih
seruan fauna buat manusia
dukungilah mahabbah dan cinta
dalam meniti usia.

13 Februari 2012

Saturday, February 18, 2012

PUISI BUAT PUTERI




Kaulahir ketika hati didakap rindu
ketika usia mencecah senja
sinar wajahmu
menerangi sunyi yang mula sirna
dan aku mula kembali muda

Kau hujan di musim kemarau
membasahi resah papa dan mama
kau kandil yang menyala
sirna gelita yang mendakap malam
malam tersenyum

Musim pun berlari
mengejar usiamu
saudara-saudara tua
telah berumah tangga
cucu-cucu yang hadir
berlumba minta dimanja

Hari ini hari lahirmu, Nurul Hakimah
tiga belas tahun usiamu 
menghampiri remaja
papa dan mama masih keliru
ah..cepatnya masa berlalu
kami merindui zaman bayimu.

Selamat hari lahir, Nurul Hakimah
Selamat dalam perjalanan usiamu 
biarkan dewasa hadir menjengukmu
bijaksana bertakhta di mindamu
kutulis puisi bertinta rindu
citra kasih buat puteriku.

18 Februari 2012

Wednesday, December 28, 2011

PEKAKA BAKAU (Halcyon chloris)

Pekaka Bakau pun bercerita

"akulah si baju biru

teman ombak menderu

pantai di tanah utara

kini milik penjarah rimba

kerana dosa birokrat haloba

kau tentu ingin menulisnya

bukankah puisi itu senjata?"


Pekaka Bakau berdada putih

membawa cerita sedih

nelayan hilang pangkalan

laluan ke pantai dihadang palang

di papan tanda tertulis amaran

"Private property no trespassing"

nelayan seperti pendatang asing

di atas tanah tinggalan leluhur

"tulislah puisi untuk dimengerti

bukan bait-bait yang kabur"


Pekaka Bakau memahami

makna sebuah kehidupan

"apakah kau masih berdiam diri

membiarkan alam dan bangsamu kedukaan?"


28 Disember 2011

Wednesday, December 14, 2011

CIAK RUMAH @EURASIAN TREE SPARROW


Kawanan ciak rumah

bertandang di laman

mencicip dan menyanyi

bahagia sekali di bumi ini

di kota penuh cerita

makanan melimpah melata

dan ciak rumah pun berpesta


Ciak rumah dari negeri jauh

di bumi sang petani

singgah di rimba milik si pipit jawa

berjuang untuk kehidupan sempurna

kota ini telah menjadi syurga baginya


dari jendela

kulihat kawanan ciak rumah

menyerang seekor murai gila

yang bernyanyi dan menari

di atas dahan rambutan tua

katanya “ ini kawasan kita”

murai gila terbang jauh di belantara

sedang hatinya masih bertanya

“sejak bila mandala ini milik mereka?”


14 Disember 2011.

Thursday, December 8, 2011

SI KUNYIT KECIL YANG MENYANYI


Dari dahan ke dahan
bernyanyi irama alam
resahnya telah hilang
ada yang mengerti
nyanyian si kunyit kecil
ketika hari telah siang

si kunyit kecil di dahan rendang
menari menyanyi girang
laparnya telah hilang
ada yang memahami
bagaimana menjadi insani
menanam pokok membangun taman
alam fauna pun lestari

si kunyit kecil bertenggek, menyanyi
aku tumpang menikmati keindahan pagi

8 Disember 2011