Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Monday, January 11, 2010

SEPI JANUARI



Barangkali
aku kurang mengerti
naluri insani
di hujung disember
indah segala
mimpi merobah diri
ketika malam hampir hilang
ketika januari lahir kembali

setelah bernoktah disember
berbicara hedonis setia
"kita sudah punya masa muka
berdansalah untuknya"
sanat baru ditatah indah
menjadi arca cita
pameran di pentas hedonisme

pagi di laman kota
sepasang remaja terlena
semalaman berpesta
dimabuki arak tanpa jenama
menanti sanat yang tiba

dari kamarku ini
kulihat januari kembali
tanpa mimpi fantasi
hanya deretan realiti
berkota di jiwa
menuntut bijaksana

kususun aksara
menjadi kata-kata
kutatah menjadi puisi
-elegi januari
belasungkawa cita-cita
bijaksana terlena
januari ditinggal sepi.

11 Januari 2010
( diterbit di akhbar Utusan Borneo, 3 Januari 2011)

13 comments:

zedmagel said...

Salam Saudara Pena Bahari,

Januari akan terus meninggalkan kita, diganti dengan bulan turutanya. Disember dan Januari hanya satu nama dari satu bulan dalam satu kalander, yang banyak bergantungan didinding kediaman atau dinding seorang pengiri masa.

Biasanya menatap karya saudara di dada akhbar dan majalah sebelum dipapar di maya ini.

Penabahari said...

Salam Sdr Hj. Zedmagel,
Terima kasih kerana sudi berkunjung.
Dan terima kasih atas pandangan sdr.

Riesna Zasly said...

keluhan di tahun baru... bergolak budaya hedonisme... yang uncle, semarak tahun berlalu, kebykan kita makin alpa ke sorotan jalan yang kecundang senget... lari dari tuntutan hakikat...

melihat budaya seperti itu semakin bertahta, kita mulai menilai tuju arah hala bangsa kita kelak

nice poetry uncle
:)

Penabahari said...

Salam Riesna,
Kita masing-masing punya peranan menyelamatkan bangsa dari terjerumus menyembah budaya yang bukan milik kita.
Semoga sejahtera dan terima kasih singgah di laman uncle.

Farmilla Hamdi said...

Salam,

2010, tahun yang cukup mencabar, kerana Januari yang hadir mengundang walang dengan cetusan api sengketa. Kini kita terbiasa dengan gelora yang mula melemaskan

Penabahari said...

Salam Adinda Farmilla,
Benar, dari sudut yg lain, Januari dibakar sengketa. Kita ikut terjerumus dalam rasa yang penuh duga.

arsaili said...

salam..yea satu budaya yang tidak harus wujud bila menjelang januari...moga muda mudi sentiasa terpelihara tapi yang sedihnya golongan ibu atau bapa pun dicekup sekali di hotel2 dengan pasangan yang mana sepatutnya mengawasi anak2 teruna dan dara di rumah.

Uncle cantik photo tu...maybe you should explore flickr. Upload ur photo kat flickr then baru publish kat blog utk mendapat quality gambar yg lebih baik daripada upload terus dari blog. Saya pun baru belajar

Penabahari said...

Salam Arsaili,
ah...thanks so much for the tips. Ttg budaya itu, entahlah, mungkin ibu bapa perlu lebih bekerja keras dalam mempastikan ia tidak berlaku seperti yg diamalkan oleh pihak barat.

TUNTUNG LANG said...

Salam abg. Semakin dahsyat abg empun puisi. makin kmk gemar macanya. Tahniah n teruskan berkongsi puisi.

Penabahari said...

Frankie apa khabar?
Sik ada ngikut apa-apa prgram waktu tuk? Mun ada nak gi outingkah boleh gi sama. Kamek suka mun ada teman gi ngambik gambar sambil cari ilham molah puisi...

abuyon said...

salam ayahanda,

Lama tak jenguk ke sini. Januari
adalah tarikhku bernafas di bumi
Tuhan ini.

Terima kasih ibu, dia
ratu hatiku.

Semoga kita terus bernafas
dari Januari ke Januari
seterusnya.

Penabahari said...

Salam Abuyon,
Datanglah selalu, jika lama tak jenguk ayahanada aakan pasti rindu. Ayahanda memamg selalu ke laman anakanda tp tidak pula meninggalkan jejak.
Apapun selamat hari lahir buat anakanda di bulan Januari ini.

abuyon said...

Terima kasih ayahanda, dan jika
kaki ini dizinkan Tuhan menjejak
di bumi Kenyalang, kita akan
berhubungan.

Hubungan ini, tanpa suara
dan mengenal rupa
adalah satu
keajaiban

Pernah saya ujarkan kata-kata itu
kepada seseorang.