Seabad dalam cendera
tanpa cahaya cita
terpadam lentera upaya
dibusa masa alpa
bersilih ganti cucu merpati
ditikam belati benci
terhenti nadi
nubari dikoyak iri
tanpa nyanyi
tanpa melodi
Darul Hana lena
di atas petamari sang
pemimpi
dari negeri pencipta sakti
senja yang nyala
di langit Darul Hana
terpadam oleh sakti biru
hadir malam membawa kelam
Darul Hana bertanya
esok apakah suria
masih mahu setia
setelah semalaman
dalam pelukan awan
masa bukan teman setia
pada jiwa leka
masa tidak berjanji
melukis mimpi
jika malam direnang
dihempas ombak celaru
dibusa angin benci
masa hanya setia
jika janji dipateri
nyanyi senja itu doa
berlatar melodi murni
kelopak wara-wiri
merah membakar kota
rimba dan fauna terus berdoa
hadirkan seorang wira
bara menghangatkan jiwa
kerana di sini anak bangsa
masih merindui
nyanyi senja Darul Hana
yang mempesonakan dunia
9 Mac 2012