(Aku berdiri memerhati tarikh luput tertulis di sudut atas sebuah bungkusan makanan yang sangat menyelerakan di hadapanku namun tempoh eloknya telah berlalu. Ia tinggal menjadi makanan yang telah luput tarikh keenakan, kesegaran dan kebolehpercayaan.Tahukah kau apa yang menyelerakan itu?)
Tempohmu telah tamat
suaramu hilang keramat
sayangmu sudah terlambat
wajahmu sukar diubat
dosamu teramat berat
hatimu mesti bertaubat
sudah tiba masa
untuk kembali ke desa
kembalikan ingatan dan rasa
sayang pada bangsa
yang memberi sejuta jasa
kembalilah ke pangkal jalan
langkahmu jauh menyimpang
jangan biarkan dendam
membunuh jiwa pejuang
pandang wajah mereka
yang memusuhi sengketa
(Alangkah baiknya jika makanan itu dapat berkata-kata. Tahukah kau apa yang akan diperkatakannya)
21 Ogos 2009
Tempohmu telah tamat
suaramu hilang keramat
sayangmu sudah terlambat
wajahmu sukar diubat
dosamu teramat berat
hatimu mesti bertaubat
sudah tiba masa
untuk kembali ke desa
kembalikan ingatan dan rasa
sayang pada bangsa
yang memberi sejuta jasa
kembalilah ke pangkal jalan
langkahmu jauh menyimpang
jangan biarkan dendam
membunuh jiwa pejuang
pandang wajah mereka
yang memusuhi sengketa
(Alangkah baiknya jika makanan itu dapat berkata-kata. Tahukah kau apa yang akan diperkatakannya)
21 Ogos 2009