(Aku berdiri memerhati tarikh luput tertulis di sudut atas sebuah bungkusan makanan yang sangat menyelerakan di hadapanku namun tempoh eloknya telah berlalu. Ia tinggal menjadi makanan yang telah luput tarikh keenakan, kesegaran dan kebolehpercayaan.Tahukah kau apa yang menyelerakan itu?)
Tempohmu telah tamat
suaramu hilang keramat
sayangmu sudah terlambat
wajahmu sukar diubat
dosamu teramat berat
hatimu mesti bertaubat
sudah tiba masa
untuk kembali ke desa
kembalikan ingatan dan rasa
sayang pada bangsa
yang memberi sejuta jasa
kembalilah ke pangkal jalan
langkahmu jauh menyimpang
jangan biarkan dendam
membunuh jiwa pejuang
pandang wajah mereka
yang memusuhi sengketa
(Alangkah baiknya jika makanan itu dapat berkata-kata. Tahukah kau apa yang akan diperkatakannya)
21 Ogos 2009
8 comments:
salam pak,
Barangkali saya tahu apa katanya,
jika ia berbicara
Tuan, makanlah aku
jangan membazir
Siapa membazir,dia
kawan syaitan
Barangkali :)
salam,
"wahai...
penantian benar satu penyeksaan,
tak bertaut rindu dan pengharapan,
tak bertemu haluan kita,
umpama purnama bersilih suria,
meniti tabir nan sama,
tak pernah sekali setentang mata!"
wallahua'alam..
apa pun apa yg dititipkan abuyon adalah sangat benar...
salam ramadan al mubarak
Salam anakanda Abuyon,
Ramadan pernuh berkat ayahanda kembali mengingati diri tentang pembaziran itu. Terima kasih anakanda. Benar sekali kata anakanda membazir itu saudara syaitan.
Anakanda mOEha Aziz
benar sekali kata-kata anakanda menanti kebenaran itu penyeksaan. Biarkanlah...Allah jua yang Maha Mengetahui. Kita insan yang dhaif hanya mengharapkan keredhaanNya jua.
Selmat berpuasa anakanda.
salam pak
akal hanya boleh menelah
akal kadang kala menjangka salah
tiada apa yang mampu melawan Allah
Salam anakanda Defina,
Allah jua yang Maha Mengetahui..kita perlu bersabar pada ketentuan Allah.
bapak,
tumpang tanya, bukankah tarikh luput yang tertera adalah tahun depan? 3/08/2010? Betulkan fina kalau fina silap.
Betul nak Defina, tahun depan. foto hiasan untuk puisi tp tak sesuai tarikhnya kan? nanti pak cari foto yg lebih sesuai.
Post a Comment