Saudara Poul nanggang, teman yang menulis rencana tentang kumpulan puisi saya" BINGKAI WAKTU.
Esok, 11 Ogos 2009, Saudara Poul Nanggang akan membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk"BINGKAI WAKTU" - Kesayuan dan Kepiluan apabila Kemanusiaan Diinjak-injak, di Institut Perguruan Batu Lintang. Saudara Poul akan mengupas Antologi Puisi sulung saya _ BINGKAI WAKTU.
Bagi teman-teman yang ingin menikmati tulisan saudara Poul, sila ke blog saya, Sehari Bersama Penabahari. Kertas kerja beliau telah saya poskan di sana. Selamat membaca




