Minggu lepas saya dan Nurul sempat ke Taman Rekreasi di belakang Bangunan Bapa Malaysia, Kuching. Di situ terdapat tempat pejalan kaki dan juga tempat bersenam dengan pelbagai alat untuk bergayut dan merenggang badan dan otot.
Kami berdua hanya berjalan mengelilingi kolam di taman tersebut. Selepas penat berjalan kami ke satu kawasan tempat pejalan kaki berjalan. Di atas jalan diletakkan dengan batu yang agak tajam yang digunakan untuk refleksologi kaki. Kami berjalan s elam lima belas minit sebelum beredar. Masa sudah agak lewat.
Saya suka sekali berada di kawsan itu. Tempatnya tenang dan nyaman ditambah keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh kawasan hijau. Saya bercadang ke sana lagi hujung minggu ini, jika tak hujan. Nurul selalu mengajak saya ke sana. Mungkin kali ini saya dapat menemaninya.
Menatap ketenangan di sana mengingatkan saya akan kata-kata mutiara Jawaharlal Nehru. Katanya,
10 comments:
Ermm... seperti "biru Warna Cintaku" blog abah ni. Sudah tukar theme.
*Peace.. peace kacang peace
No War!!!!
"Ketenangan bukan dicari diluar sana tapi bermula dari dalam diri kita"
Wasalam...
biru yang luka...?
hehehe...Eni apa khabar. Puisi kat blog Eni cantik-cantik belaka..Usahakan untuk diantologikan ya..
Salam.
Uit??? Siapakah jejaka kacak itew?? *Sambil tengok pic profile abah...
Well... Eni baik2 saja abah. Masih terus belajar untuk menghasilkan puisi terbaik macam abah.
Biru...
Walaupun terluka warnanya tetap indah dimata. Ngeh.. =D
bila terlhat perktaaan "well" abah teringat kembali dialog berikut:
Well, I'm not feeling well after falling into the well..hehehe
Biru warna yg abah sgt suka....
Tuan
jemput ke blog sakura
adea tag untuk tuan
*Garu kepala sambil tersenyum lebar.
Abah pandai gak berlawak rupanya... uhuhu.
"Well... well... west" Itu dialog saiful apek.
Dan lagi... "biru" adalah abah. Uhhh... tiba2 biru mata hitamku ekeke
Terima kasih Sakura kerana tag saya. Dah saya sempurnakan di blog saya.
Kalau biru mata hitammu tak pe Eni, jgn biru muka abah kena lastik dah le..
Saper ler yg lastik abah tu kan kan kan... ekekeke
*Jom kita lastik bintang abah!
Post a Comment