Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Thursday, May 28, 2009

KEMBALINYA KE RAHMTULLAH AYAHANDA ARBI

Dua hari lalu saya terima berita ayah kepada sahabat waktu kecil saya, Pak Arbi meninggal dunia kerana sakit tua. Saya kira usia allahyarham melepasi 80 tahun. Allahyarham ayah kepada dua teman rapat saya sejak kecil, Sani Arbi dan Allahyarham Amin Arbi. Saya menziarahI keluarga teman saya untuk menyampaikan ucap takziah saya dan keluarga.

Yang sebenarnya terlalu banyak kenangan manis waktu kecil saya ketika berada di kampung. Salah satu yang saya ingat, Pak Arbi mengajar kami langkah-langkah bersilat untuk pertunjukan bangsawan kami. Allahyarham memang hebat dalam ilmu persilatan dan sangat disegani oleh orang kampung saya.

Saya juga mengingati Allahyarham kerana jasa dan usahanya dalam mengobati anak saya yang sakit ketika masih kecil. Allahyarham bijak dalam ilmu perubatan tradisional khususnya penyakit akibat gangguan syaitan.

Pemergian Allahyarham satu kehilangan bagi orang kampung dan masyarakat setempat. Semoga segala amalan dan kebaikan allahyarham mendapat balasan setimpal dari pada Allah azza wajalla dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.



Saturday, May 16, 2009

TEACHER



A WISE TEACHER MAKES LEARNING A JOY.....

Wednesday, May 6, 2009

MALAM INI BERTANAM JAGUNG...


Cici' aka Dania Masyitah dengan gaya serikandi...


Laila dan famili di majlis persandingan adiknya, Zakariyya dan Erda


Bersama Laila dan Erda di majlis Akad Nikah Hafiz, anak saudaraku


Laila bersama anak-anak menikmati senja di sungai Sarawak


Mohd Faiz Sanim, cucu pertama, dah 11 tahun usianya...


Zulaikha aka Juju dengan gaya pramugarinya.


Teringat akan puisi lama ini...
Malam ini bertanam jagung
esok bertanam serai
malam ini kita sekampung
esok kita kata bye-bye..

Semalam atau lebih tepat awal pagi ini jam 12.30 pagi Laila dan anak-anak kembali ke Sungai Petani setelah tinggal bersama kami selama enam bulan. Berat sekali hendak berpisah tapi kehidupan perlu diteruskan. Dia sudah dewasa dan sudah punya kehidupan sendiri
Laila Nur Rohamimi, anak sulung telah memilih untuk tinggal di Sg Petani dan itu ketentuan Ilahi. Kita hanya dapat berdoa untuk kesejahteraannya.
Kami tinggal seperti dahulu, kami bertiga..aku, isteri dan Nurul...menelusuri malam-malam kami dengan sabar menunggu pertemuan akan datang...

Monday, May 4, 2009

GEORGE BERNARD SHAW

"We don't stop playing because we grow old; we grow old because we stop playing"

Sunday, May 3, 2009

CAREVA

..sukarnya perjalanan ke Careva

Sudah lebih tiga bulan saya menulis CAREVA. Mulanya saya nak siapkan novel ini sebelum 31.05.09, tapi jelas kinisasaran ini mungkin tak tercapai. Saya masih lagi terkapai-kapai, sesat di dalam rimba yang saya buat sendiri. Perjalanan semakin sukar.
Sesekali teman-teman memberi galakan supaya saya terus menulis, terutama seorang teman anak muda, Roslan Jomel. Selalu benar saya terima motivasi dan rangsangan dari beliau supaya jangan berputus asa. Dia memberi sedikit sebanyak tips untuk membolehkan saya melangkah terus.
Saya tak pasti sekarang bila boleh saya habiskan tulisan ini, tapi saya tetap tegas nak teruskan jua. Ini novel pertama dan saya perlu lahirkannya supaya ia boleh menjadi galakan untuk terus menulis.
Saya perlu tabik teman-teman penulis lain seperti Jong Chian lai, Dahiri Saini dan Jais Sahok yang begitu prolifik dalam berkarya. Saya perlu belajar dan mengetahui rahsia mereka. Mungkin disiplin satu prinsip yang perlu dipatuhi. Itu yang saya sangat kurang.
Sasaran saya kali ini sehingga hujung tahun. Bolehkah...? Doalah untuk saya.


Saturday, May 2, 2009

JATUH KE LAUT


Abizai dan Taufiq

Dari kiri, Abg Haliman, Abizai, Yusuf Fansuri dan Idris Boi



Dari kiri, Abg Haliman,Abizai Abi, saya dan Idris Boi



4 April yang lalu, bertempat di sebuah bangunan kedai, Jalan Matang, Kuching, berlangsung majlis pelancaran buku Kumpulan Puisi JATUH KE LAUT karya seorang teman penulis, Taufiq Firdausi. Masa kini Taufiq, selaku Ketua 2 PEKASA menjalankan tugas Ketua Satu kerana Jaafar sudah berpindah tugas di KL.
Majlis dianjurkan dengan cara yang amat santai dan menyenangkan sekali sesuai dengan jiwa besar sdr Taufiq yang begitu memandang tinggi terhadap seni dan budaya. Selaku seorang teman saya ikut serta menghadiri majlis ini dan sempat memiliki senaskhah JATUH KE LAUT.
Pelancaran buku dilaksanakan oleh seorang teman dan juga seorang penulis besar bumi kenyalang, ABIZAI ABI, Ketua Satu PUTERA. Saya kagum dan tabik pada sdr Taufiq yang berani membuat kelainan yang baik dan tinggi nilai harkatnya. Kalau tidak kita golongan penulis sendiri yang menghargai teman siapa lagi?
Puisi-puisi di dalam JATUH KE LAUT sangat menarik dan saya sebenarnya sangat suka pada puisi yang ditulis sdr Taufiq. Bahasa digunakan bersahaja tapi cukup memberi kesan pada pembacanya. Saya hidang kembali sebuah puisi sdr Taufiq Firdausi untuk tatapan semua. kalau tak silap, puisi ini pernah diterbitkan di dalam akhbar BERITA HARIAN/BERITA MINGGU suatu ketika lalu.

TERIMA KASIH UNIVERSITI LEIDEN

Terima kasih
kerana minta sumbangan dariku
dalam senarai yang ramai itu
yang kukenali hanyalah
Awang Abdullah dari Terengganu
penulis mualaf itu.

Pelik
di negeri sendiri
orang tak pandang pun aku.

Sri Aman
1992


Friday, May 1, 2009

LENTERA WANITA

LENTERA WANITA

(Allahyarham Datuk Amar Puan Sri Hajah Laila Taib dalam kenangan)

1963
di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Kuching
abangku ketemu dia
guru berhati mulia
memberi nasihat berguna
diingati sepanjang usia

Setelah dewasa
abangku tidak lupa
jasa wanita mulia
isteri seorang menteri
tapi punya hati bidadari
disulami budi yang tinggi

setelah empat puluh tahun berlalu
abang bersua muka
dengan wanita budiman ini,
abang kagum bila disapa
katanya, "adik pelajar sekolah saya
suatu ketika di zaman remaja"
dia memanggil nama abang
tanpa ada sebarang kesilapan

Dia wanita bijaksana, cekal dan setia
sepanjang usia menabur jasa
untuk kemanusiaan yang kian sirna
di hatinya perjuangan
untuk agama dan negara
dalam suasana budaya
yang sangat berbeza

Laila,
lentera wanita pembawa cahaya
sinarnya sangat mempesona
bicara mindanya mengatasi masa
pekertinya mengatasi bangsa
tempat dia bermanja

Hari ini dia telah tiada
sebuah lentera yang
tiba-tiba malap dan padam
dihembus pawana usia
menangislah mereka
mengalirkan air mata
luka dan duka oleh kesepian
yang tiba-tiba menjelma
dari sudut yang tidak terjangka

Wahai wanita mulia
bersemadilah kamu dengan tenang
di alam yang dijanjikan Tuhan
untukmu hanya Al-Fatihah dapat kuhulurkan
dari seorang insan
yang memahami erti perjuangan
ketika berada di kejauhan.

1 Mei 2009

UTUSAN SARAWAK, 8 MEI 2009

ALAHAI POS MALAYSIA...




Minggu Lepas anak saya terima mel xpres dari KK,seseorang hantar baju untuk dia. Dia bekerja di luar bandar lantas tak sempat nak ambil lantas saya tolong ambilkan untuk dia. Pada surat arahan kutipan itu telah dicop alamat tempat mengambil mel tersebut yakni di Tingkap Luar, GPO Jalan Tun Abang Haji Openg.
Hari Isnin saya ke Pejabat Pos untuk kutip
surat tersebut. Sampai di seksyen berkaitan saya serahkan surat kebenaran mengambil mel tersebut. Tapi saya diberitahu, mel itu hendaklah dikutip di Jalan Pending. Saya tergamam sekejap.
"Tapi Encik, di notis ini ada tercatat alamat supaya saya kutip di sini, di Jalan Tun Abang Haji Openg," kata saya menunjukkan alamat yang tertera. Nak tahu apa penjelasan beliau;
"Oh..posmen kami tu pakai cop lama. Mel itu kini diserah di tingkap luar kat pejabat di Pending," kata staf yang berada di kaunter itu dengan penuh yakin.
Saya tak terkata apa-apa, melopong begitu sahaja...penjelasannya sungguh memeritkan. Saya kena pergi ke GPO Kuching ikut arahan notis tapi notis itu guna cop lama yang menunjukkan alamat yang salah.Saya tak pasti apakah perasaan staf itu ketika menyatakan alasan itu, mudah sekali? Tahukah dia apa kesan ke atas pelanggan. Tahukah dia betapa susahnya nak pergi dari GPO besar ke Pending. Saya tak rasa dia tahu kesannya.
Saya keluar tanpa sepatah kata, memandu ke Pending beberapa kilometer lagi. Di sepanjang jalan saya dok berfikir..bagaimana kita nak capai perkhidmatan yang dikatakan world class service. Saya lihat caranya masih lagi kelas yang entah nombor berapa.
Alahai Pos Malaysia...