Antara lagu yang sangat saya sukai. Seingat saya lagu ini mula saya nikmati sejak berumur lapan belas tahun ( tiga puluh lapan tahun lalu). Dan saya kekal terhibur sehingga hari ini. Hari ini tiada apa yang dibuat di rumah. Isteri sedang masak kari kambing untuk makan malam ini bersama seorang anak yang baru datang dari KL. Sementara menunggu kari kambing masak saya layan diri dengan mendengar lagu Scarborough Fair pelbagai versi . Nah saya lekatkan salah satu versi untuk hiburan bersama.