Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Tuesday, April 20, 2010

ADIK, ABANG DAN LAYANG-LAYANG

Saya siarkan di sini puisi tulisan seorang teman facebook saya: MAWAR MARZUKI.
Senang sekali membaca puisi Mawar.

Puisi 358: Adik, Abang dan Layang-layang
18 April 2010

i-adik
buluh itu diraut halus
berpilin-pilin warna tajam
gumpal-gumpal halus mereja hasrat
“jangan sentuh “ kata abang
“kelak jarimu luka”
adiknya terlalu istimewa

ii-abang
langit adalah medan laga
tapak anak jantan di permaidani jerami
tika usai musim menuai
“hari ini abang mesti tawan segenap layang”
Kata adik
“langit di atas kepala, kita yang punya”
Abangnya pahlawan segala

iii-layang-layang
angin menampar
layang-layang jadi camar
tali bergelas sekadar kunci
sebuah bebas
abang mengejar dan mengejar
ke arah layang-layang yang pasrah
“jangan ikut….” Pesannya
“kau perempuan…nanti abang bawa
Layang-layangmu pulang”

Abangpun terus berlari
Mengejar layang layang
Yang tewas di langit bebas

Mawar marzuki

10 comments:

muhddamine said...

teringat semasa kecilo-kecilo dulu

Penabahari said...

Benar sdr Muhddamine...wau mengingatkan kita zaman lalu...orang zaman keemasan kita.

Ampuan Awang said...

Salam puisi buat tuan [...]

Penabahari said...

Salam jua buat sdr Ampuan. terima kasih kerana berkunjung. Kita boleh saling bertukar link.

zedmagel said...

Salam Tuan Penabahari,

Sunguh indah puisi dari teman FB tua itu. Terkasima saya membacanya.

Ingin saya bertanya kepada tuan, bolehkah saya ingin mengambil puisi "Lelapkan Matamu Yasmin" untuk dimuat diblog saya.? dan lagi jika kita bertamu di Sibu, Sarawak apakah barang dan tempat yang menarik untuk dibawa pulang dan dilawati?

Terima kasih jika sudi berkongsi.

Penabahari said...

Salam sdr Zedmagel,
Besar hati saya jika tuan sudi mengangkat puisi USAPKAN MIMPI DARI LELAPMU, YASMIN ke blog tuan.Tentu saja saya mengizinkan.
Jika di Sibu, saya suka pergi ke Taman Rekreasi Aup(tak pasti nama penuhnya). Dan jika sdr bernasib baik, terjumpa buah dabai, jangan lupa beli. Sdr tahu buah dabai,bentuknya seperti bola ragbi sebesar ibu jari dan berwarna hitam. Untuk memakannya, rendam buah ini dalam air suam untuk seketika (jika dah lembut kira dah masaklah tu)dan masukkan sedikit garam (ikut selera). Buahnya lemak dan saya paling suka makan bersama nasi.
Ada juga dibaut masin.
Buah ini boleh dibeli di Pasar Tamu.
Semoga selamat dalam perjalanan.

zedmagel said...

Salam Sdraku Pena Bahari,

Pertama : Kerana membenarkan saya mengangkat Puisi Usapkan Mimpi Dari Lelapmu, Yasmim di blog saya.

Kedua : Kerana memberikan sedikit panduan semasa saya ke Sibu minggu depan. Buah dabai dan taman rekreasi Aup akan saya cari jika diizinkan.

cahaya malam said...

salam..


Indah sungguh puisi ini,selepas menatapnya, seolah-olah terlukis kenangan dulu di depan mata. Tapi sayang orang-orang itu telah lama tiada.
betul-betul melahir rasa ;)

*hasil tinta tuan juga tidak kurangnya.. :)

wassalam..

Penabahari said...

Sdrku Zedmagel: Senang sekali dapat membantu sdr.

Penabahari said...

Benar sahabatku Cahaya Malam,
Puisi ini benar-benar mengambalikan ingatan kita semasa masih belum dewasa suatu ketika lalu.