Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Wednesday, May 12, 2010

SALAM BUAT CIKGU

anggerik rimba


Awal enam puluhan
aku bersekolah di kampung Pulo
bangunan beratap nipah
berdinding sekerat cuma
namun hatiku bahagia
sayang cikgu melebihi segala

dalam kedaifan
terlukis kejujuran jiwa
dalam keterbatasan
terpancar kesungguhan upaya
melihat bangsa
mulia dan berharga di mata dunia
aku menyedarinya
terlewat empat dekad

Hari ini aku teringat pada cikgu
ingin rasanya kuundurkan waktu
menyusur memori
biar kuucapkan terima kasih
buat insan-insan yang memujukku
menjadi manusia
berjiwa dewasa

terima kasih cikgu
kerana menjadi lentera
memberi kami cahaya
ketika gelap menyelimuti,
melukis panorama negara
menjadi indah dan bergaya,
mencorak jiwa bangsa
menjadi anak merdeka

salam buat cikgu
yang memahami tanggungjawabnya
membawa bangsa
merentasi era penuh bara
menelusuri waktu-waktu haru
semoga Tuhan merestui
kesucian perjuanganmu
semoga bangsa menghargai
kesungguhan ragamu
mendidik bangsa menjadi dewasa

salam buat cikgu
Tuhan bersamamu




Bersama sahabat di Kulim, Kedah.
kiri Cikgu Azizah Rasul, kanan, cikgu Hj Mohd Sabri Hj Ishak.

6 comments:

muhd amin said...

jasa guru mendidik anak bangsa tiada tolok bandingnya........

Penabahari said...

Jasa cikgu tak mungkin terlupakan.

CT said...

Salam...memang benar & CT setuju dengan pendapat abang dan saudara muhd amin. Jasa guru mendidik tiada tolok bandingnya dan tak mungkin terlupakan. Anyway CT suka dengan anggerik rimba tu...sayang ia tak boleh bertahan lama seperti anggerik2 lain:)

zedmagel said...

Salam Tuan Penan Bahari,

Cikgu dulu, sangat dihormati dan disayangi. Kerana murid dulu sangat beradap dan bersopan.

Guru sekarang bukan semua tetapi ada sebilangan yang bermasalah dan murid jadi tak tentu arah. Buka mengutuk cikgu dan murid, tetapi kenyataan harus diberitahu.

Saya sayang cikgu saya...

Penabahari said...

Salam CT,
Cikgu yg sangat abang hormati dah lama pergi namun setiap ungkapan kata-kata indahnya masih lagi tetap kekal di hati abang.
Anggerik rimba hidup bebas di sudut rimba tak jauh dari rumah abang. Ada kelapangan abang akan menjenguknya...benar sekali kata CT, ia cepat layu tapi hidupnya tetap bebas dan merdeka...

Penabahari said...

Salam sdr Zed,
Ada kebenaran terhadap kata-kata sdr. Untuk kembali seperti lalu, kita memerlukan peranan yg lebih positif daripada guru, murid ibu bapa dan penguasa.