Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Tuesday, June 30, 2009

SENJA DI SUNGAI SARAWAK


Senja Di Sungai Sarawak, nama puisi saya yang diterbitkan oleh DBP dalam Dewan Sastera sekitar bulan Mei 1971, jika tak silap. Saya ingin benar hendak menatap kembali puisi itu. Mungkin satu hari nanti saya berpeluang ke DBP KL untuk menatapnya kembali. Terasa rindu pada puisi ini. Sayang saya tidak ada menyimpan salinannya.
Senja di Sungai Sarawak suatu pengalaman yang benar-benar mendatangkan kerinduan pada yang menatapnya.

Monday, June 29, 2009

TERKAPAR-KAPAR

Malam tadi berpeluang membaca pos oleh seorang teman, Salbie, di blognya. Membaca sambil tersenyum sendiri, ada juga manusia yang serupa aku ini, lambat update blog.
Puisi-puisi yang sedang kutulis masih banyak terbengkalai. Mcm-mcm nama puisi yg kutulis tp masih lagi dalam stor, tak siap-siap. Apa yang mengganggu aku drpd menulis dengan lancar. Tapi rasanya mungkin sehari dua ni aku boleh siarkan puisi tentang Careva. Ah Careva lagi. Apa ada pd Careva? Entah semacam ada tarikan pula.

Kerana terlalu sukar nak siapkan puisi aku mula bermain dengan digital Cameraku. Klik sana dan sini akhirnya kupilih anggur dan Abdul Hakim sebagai bahan penyeri pos ini. Anggur dah habis dimakan dan Abdul Hakim (cucu yang bongsu) sedang nyenyak tidur sekarang kepenatan setelah menjadi model Wan.
Ah...sukarnya melahirkan Careva.

kumudiki sungai waktumu
menyusur arus sejarah
mencari punca ceritera
untuk kurakam segala
menjadi elegi musim bahari
diratapi yang mengerti
nilai merdeka pertiwi

musim-musim ini
bukan ilusi kawi
tapi catatan realiti
sukar kuterima
ke dalam diri







Sunday, June 21, 2009

HARI BAPA

Update: 30 Jun 2009

Terima kasih anakanda Eni atas pemberian di atas. Semoga terus bahagia dan dirahmati-Nya jua.



Selesa sekali berada di pelita Restaurant

Setiap tahun pabila hari bapa tiba, pasti hp akan penuh dengan mesej drpd anak-anak yang ingin mengucapkan hari bapa. Masing-masing dengan gaya dan mesej tersendiri. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak-anak. Aku senang sebenarnya.
Tahun ini agak istimewa juga rupanya. Semalam Zakariyya yang baru sampai dari Miri bapa kami sekeluarga ke Pelita Restaurant di Kota Sentosa menikmati makanan ala-India bagi menyambut hari bapa, katanya. Ikut serta isteri, dan anak-anak, Faizal, CT dan Erda( menantu -isteri Zakariyya).
Nurul tak ikut sama kerana dia berada di rumah kakak iparnya di matang. Khairul pula masih di KL dan hanya menghantar mesej padaku. Fadli yang kini berada di Pasir Gudang telah mesej seminggu lalu, aneh. Dia tak pasti lagi bila hari bapa..aku ketawa seorang.
Semasa di Restoran Lali buat panggilan video Call,. Aapa lagi cucu-cucu kat SP bising dengan ketawa melihat wajah kami. Kami ikut terhibur.
Selesai makan kami balik, aku bersama isteri dan budak-budak ikut kereta laini. Sampai di rumah aku capai novel yang masih belum habis kubaca - Love in the time of Cholera tulisan Gabriel Garcia Marquez- kini aku semakin mendesak diri untuk terus membacanya setelah menonton filem ini di TV Astro.
Apa sebenarnya yang ingin anak-anak kita nyatakan pada seorang bapa. Aku dapat rasakan bahawa mereka terlalu sayangkan bapa mereka dan ingin memberi kebahagian ketika masih ada waktu. Tentu sekali mereka ingin dilihat berbakti buat bapa ketika dia masih ada. Entah esok entah lusa bapa akan pergi. Itu kepastian. Setelah bapa pergi segalanya akan tinggal menjadi memori dan memori inilah yang ingin dicipta dengan penuh keindahan bukan memori yang penuh keperitan.
Selamat hari bapa buat semua bapa yang melayari alam maya ini.

Friday, June 19, 2009

ANUGERAH DARIPADA SEORANG SAHABAT


update

Award yang diterima dari seorang anak alam siber, Hirne Saris. "Eni abah amat menghargai dan menilai tinggi award ini. Terima kasih.









Anugerah persahabatan di atas saya terima darpada seorang sahabat yang baru saya kenali beberapa ketika yang lalu, sdr Sanur Sukur. Sebenarnya saya rasa begitu terharu atas pemberian ini dan saya hanya dapat ucapkan berbanyak terima kasih buat teman saya, sdr Sanur kerana mengingati saya.
Mengikut apa yang disarankan saya perlu ambil langkah-lkangkah berikut untuk melaksanakan penerimaan anugerah ini:


1.Poskan gambar anugerah di blog
:
telah disempurnakan

2.Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan pautan blognya

Pem,beri anugerah: Sdr Sanur Sukur: http://sanursukur.blogspot.com/

3.Beri anugerah ini kepada lima orang sahabat
1. CT
2. Sakura
3. anakanda Hirne Saris
4. anakanda Salbie
5. Sdr Muhd Amin


4. kunjungi blognya dan beritahu dia ada anugerah untuknya

5. Lakukan perkara yang sama ( bagi penerima anugerah)


Sekali lagi, terima kasih sdr Sanur atas pemberian yang amat bermakna ini.









LENTERA CINTA

Bisikan itu
pawana di tengah hari
melenggok dingin
ketika bahang mentari
membakar seluruh ruang rasa

sapaan itu
usikan orion bertiga
menguji cinta purnama
ketika segugus mega
mengintai meteor cinta

setelah siang kembali
pawana entah ke mana
dan aku pemburu waktu
ditinggal meredah belukar muram
mencari lurah kasih
sebuah kehidupan

aku terus tersesat di terminal hati
menjaring musim bahari
meraba-raba dalam duka
aku pemburu alpa
terlupa jalan ke rabung cinta

Ah...senja menjalar jua
menyelimuti jumantara
dengan gugusan teja
seketika malam membawa salam
aku dipeluk kelam
sirna dalam sunyi

seorang wanita tua
dari ujana asmara
di tangannya kerdipan cahaya
dalam samar kulihat wajahnya
Sutinahkah itu
tiba bersama lentera cintanya?

19 Jun 2009



Monday, June 15, 2009

KE SIBU... mencari puisi


Merakam saat bahagia bersama pengantin


Dalam perjalanan antara Sri Aman dan Serian kami ketemu senja nan teja


Sekuntum bunga yg kutemui di Sebangkoi, Sarikei...

Hari sabtu, 13 Jun 2009, aku dan famili, maksudku, isteri, dan dua anak, Nurul dan CT ke Sibu. Ikut serta kakak iparku. Kami bertolak ketika mentari masih dibuai kantuk. Kami ke Sibu untuk hadir ke majlis pernikahan saudara kepada menantuku.
Perjalanan cukup tenang dan jalan raya agak sunyi. Memandu tidak melepasi 90km sejam. Tiada apa yang hendak dikejar. Sampai ke Sibu jam 3.30 petang, kami terus ke rumah pengantin. Ah..cucuku Abdul hakim sedia menanti dengan senyuman..aku terhibur.
Kami bermalam di Zuhra, hotel bertaraf sederhana berhampiran masjid lama Sibu. Kami tak ke mana kecuali makan malam di rumah pengantin. Sekembali dari makan malam, aku terperosok di bilik, membaca novel Haruki Murakami, After Dark, sehingga terlelap.

Hari ahad kami awal-awal lagi telah ke rumah pengantin. majlis bermula jam 10.00 pagi. Majlis selesai agak awal. Jam 12.00 kami sudah bertolak kembali ke Kuching.

Dalam perjalanan ke Kuching kami singgah di beberapa tempat untuk berehat. Pertama kami berhenti di tempat rehat Sebangkoi di Bahagian Sarikei, untuk solat zuhur dan minum. Sekuntum bunga berwarna kuning menarik perhatianku, lantas kurakam untuk tatapan semua.
Dari sini kami teruskan perjalanan sehingga ke pusat rehat Betong untuk mengisi minyak kereta dan minum seketika sambil solat asar. Selepas Betong kami terus kan pemanduan sehinga ke persimpangan Sri Aman untuk minum dan rehat agak lama. Jam 5.45 petang baru kami mulakan perjalanan ke Kuching.
Dalam perjalanan sempat CT merakam langit teja ketika senja tiba. Senja memang cantik, disaluti warna yang melankolik boleh membuat kita rasa terharu tak keruan. Kadang-kadang rawan hadir sama, entah mengapa.

Sampai ke Serian jam 7.30 petang, Faisal (anak ketiga) sudah menunggu di situ. Dia dalam perjalanan pulang ke Ladang di Gedong. Kami minum dan makan di gerai. Layanan cukup lembab dan mengecewakan. Aku tak sempat makan nasi goreng dabai yang kupesan kerana terlalu lama untuk siap lantas kubungkus untuk makan di rumah sahaja.

Kami hanya sampai di Kuching jam 9.30 malam.Penat sekali. Aku masih memikirkan tentang puisi yang masih lagi tertangguh..Ikebana..ah..mengapa Jepun sentiasa bermain di dalam mindaku?

Wednesday, June 10, 2009

IKEBANA

Sunyi satu kemestian. Masa untuk menghargai alam semula jadi yang dilupai manusia kerana kesibukan yang melanda kehidupan…


Kita akan lebih sabar dan bertoleransi terhadap segala perbezaan. Di sini kutemui ketenangan jasad dan minda...