Ingin kugapai purnama
seketika dalam mimpi
menghiasi kamarku
malamku didakap tenang
dan aku kembali muda
duka menerpa purnama
durja dilitupi mega
malam dirasuk kelam
langit teramat cemburu
dan aku menjadi layu
kuhembus gugusan awan
kusergah mega durjana
musim pun berlalu
meninggalkan pelabuhan alam
kembara menjelajah cakerawala
cinta pun berkelana
tersesat di rimbs fana
malamku kian hilang
purnama sirna
dan aku kembali ke dunia nyata
menjadi kekasih setia.
Kuching
20 Ramadan 1426
dipetik dari Kumpulan Puisi BINGKAI WAKTU
7 comments:
baik-baik yang indah
...malamku kian hilang
purnama sirna
dan aku kembali ke dunia nyata
menjadi kekasih setia....
puisi yang indah dari BINGKAI WAKTU, sakura ingin memiliki BINGKAI WAKTU harap tuan dapat email kpd sakura, terima kasih.
Insyaallah sedikit masa lagi akan saya hantarkan kpd teman-teman yg meminatinya.
Terima kasih Sakura atas kunjungan .
ada waktu yg terluang aku kirimkan kepada seorg teman, lalu teman tersebut membingkaikannya utk dijadi hiasan rasa yg manis. tahniah bingkai waktu ada dipasaran, dah beli satu di sinar suci, tapi sedih tidak ada ttangan penulis, kemudian bingkai waktu itu diambil anak yg tua utk didermakan kepada perpustakaan sekolah, semoga buku itu terus menjadi ilmu manusia yg memahaminya. tahniah bapak phar semoga trus menulis lagi, cerpen selepas ini......maaf kerana belum mengulas cerpen trdahulu...
Terima kaksih sdr Dahiri kerana memanjangkan mesej di dalam Bingkai waktu si\ehingga ke peringkat sekolah. Nantilah, kita cuba dptkan naskhah bertandatangan penulis buat Dahiri.
Salam sastera
ayahanda pharo tkasih kerana sudi 'menghadiah' ttangan sekali bingkai waktu yang harmoni sifatnya, anak yg suka baca katanya ada lambang ttg kesunyian bila dia mengajukan persoalan pada seorang ayahnya,,,,biasa le anak penyair akan jadi jurutera bunyi cita2...mudahan.
Salam Pak
Indah dan menarik.Entah bilalah agaknya dapat saya nukilkan puisi yg indahbegini.Bagi tips sikit blh pak?hehehe
nak cr jugalah Bingkai Waktu.Insya Allah.Beli dgn Pak terus blh ke?heheh blh di tndatgn trs
Nanti Pak hanatarkan senaskhah buat anak Salbie, tapi tolong emelkan alamatnya ya.
Post a Comment