Telah kau selusuri laluan seribu warna
telah kaubina jaringan jujur
menjadi jambatan penghubung nurani
membentuk citra warga
Telah kau ukir sebuah arca di persada minda
berlambang kesepakatan kata
telah kau cipta sebuah monumen seni
bertatah budi bernilai murni
di penghujung jalan
menuju ke puncak gemilang
seperti pelayaran menuju ke pulau visi
kita dihempas gelombang resah
diusik badai sengketa
dialun ombak haloba
diburu bayu cemburu
kerana pelayaran ini
bukan sebuah ilusi
kita belayar menuju destinasi
untuk membangun pusaka bangsa
yang telah lama ditinggal masa
kita membina pelabuhan pesat
dengan seribu impian
mendiri sebuah kota
yang boleh berkata-kata
yang tahu erti merdeka
yang padat dengan martabat
Hari ini kau melangkah pasti
meredah lembah gundah
dengan semangat tabah
jika esok kau perlu berenang
di tengah lautan yang bergelora
jangan ada risau yang tak terhalau
jangan ada runsing yang mengiring
teman yang setia pasti kembali
bersama seribu doa.
20 Disember 2004
(Dipetik dari kumpulan puisi BINGKAI WAKTU)
2 comments:
Salam,
Seperti biasa CT selalu terpukau dengan puisi2 yang ada di sini...dalam dan membawa maksud seribu makna! Anyway Welcome Home! Banyak tak bawak balik oleh2 dari S.Petani?
TQ CT atas perhatian. Saya senang sekali beraya di SP bersama my three children. Kita enjoy habis dan saya bawa balik banyak sekali kek dan biskut.
Sila lah jemput ...
Post a Comment