GERIMIS di titian senja
menyingkap tirai ingatan
November musim bercinta
kita sepasang kekasih
dihanyut gita
kugubah menjadi puisi
kita pun menjahit malam
menjadi selimut warisan
pusaka zaman
aku ingin menjadi mentari
bercinta dengan pagi
akan kudakap langit sepi
ketika awan bermimpi
biar lembah niskala penuh rahsia
dibasahi magma rindu
dari lohong jiwa renta
aku berjanji
memugar sepi hati
seperti mentari
bercinta di ufuk jingga
didakap aura cahaya
malam seindah permata
kita adalah pengembara alpa
meredah rimba duga
dibusa angin pancaroba
mengharungi samudera dura
dilambung gelombang sengketa
berteduh di muara saksama
memunggah pasrah
kita teruskan odisi jiwa
menggalas bebanan cinta
aku masih bersamamu
menyusur sungai waktu
ketika bulan hilang warna
ketika malam enggan pulang
kerana kita adalah pengembara
gigih meneroka belantara cinta
mencari kota bernama setia
Gita November
adalah mimpi bahari
ketika malam berpuisi
dan kita didakap lestari,
29 NOVEMBER 2009
UTUSAN SARAWAK: 7 NOV 09
20 comments:
Salam bang,
Romantic sungguh puisi ini...semuga abang berdua sentiasa ceria dan diRahmati Allah selalu:)
tiada kata berputik
sebabnya aq masih sendiri...
Selamat Ulang tahun Pernikahan!
CT: Terima kasih atas doa adik
aq: tunggulah saatnya. Saya doakan agar cepat bertemu yg dirindu.
Setiakasih: Terima kasih atas penghargaan dan ucapan.
Selamat Ulangtahun. Moga sampai sorga untuk ayahandabonda kedua. :)
Anakanda Water Lily, ayahanda amienkan doa yg begitu tinggi nilainya di sisi kami berdua. terima kasih anakanda. Semoga persahabatan kita lestari dan membawa kepada kebaikan jua.
Selamat Ulang tahun perkahwinan moga bahgia hingga akhir...
Terima kasih Sakura atas doa dan ucapan.
Salam Pak PenaBahari,
"nyanyian November yang indah",
"bahagia selalu doa dari saya".
Salam anakanda Zul,
Terima kasih atas doa anakanda.
Amien 3X
salam uncle..indah sungguh puisi ini...owh selamat ulang tahun ya buat uncle dan aunty semoga sentiasa dilimpah keberkatan olehNya
Terima kasih Arsaili atas doa. Saya amienkan, semoga dimakbulkan. Uncle doakan agar Arsaili juga memperoleh kejayaan dalam mengejar cita-cita dan harapan.
cinta sejati,
pahit maung, suka duka, bukit lurah diharungi bersama. Semoga terus berkekalan hingga ke akhir zaman.
Amien. Doa buat saudara dan keluarga..lestari cinta hingga akhir hayat jua.
Indah sungguh puisi ini. Teralun lembut tapi tegas.
November, ulang tahun saya juga, moga bahagia berkekalan. Insyaallah.
Salam Sang Penyu,
Selamat yulang tahun dari hamba. Semoga dirahmatiNya dengan kebahagiaan yang berkekalan.
maaf,kerana anakanda terlupa.selamat ualangtahun pernikahan dan semoga dipanjangkan usia dan sentiasa dilindungi allah.salam sayang dari anakanda sekeluarga.
Anakanda tak terlupa sayang, ulang tahun kami pada 29 November serentak dengan ulang tahun anakanda Zakariyya dan Erda. Terima kasih atas doa anakanda.
salam ayahanda,
harap belum terlewat untuk mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan. semoga yang baik2 sahaja sentiasa mengiringi ayahanda sekeluarga. sampaikan salam buat bonda ye....
Salam anakanda Defina,
tentu belum terlewat. Tarikh keramat kami pd 29 Nov.Terima kasih daripada bonda atas doa dan penghargaan anakanda.Semoga anakanda dan famili dirahmati Allah jua
Post a Comment