Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Sunday, September 22, 2013

DI GERBANG ENAM DASAWARSA





ada ketika aku ingin kembara menerobos jalur ingatan
terapung bersama gumpalan gemawan di jumantara minda
mengutip manik-manik usia remaja aneka warna
untuk kupintal menjadi kalung mimpi tanpa watas masa
hadiah untuk diri, menjadi pusaka bukan longgokan dosa
kerana di lapangan senja penuh warna pesona
sangat menjerat upaya,
aku terasa renta di gerbang enam dasawarsa
kabur segala dan aku tersadai di penjuru masa

ketika malam bersendiri aku sabar menanti hamparan bimasakti
menanti malam melabuh tabirnya
dingin membentuk embun hadiah buat pagi
apakah kita akan bersatu antara waktu, melakar sejarah dan wajah
atau berpisah dalam lelah, terlena dalam jaga di penjuru usia tua
bermimpi dalam kelana, pasrah menerima seadanya

aku hanyalah matahari yang menari di awal pagi
kau purnama penyuluh kala malam temaram
kita belajar memahami falsafah kembara bersama
merentasi segara antara tenang dan gelora
sesekali ada ombak galak menolak dan aku terpanggil di atas palka
kau merintih kerana olengan bahtera tentunya sementara
haruskah kuingatkan padamu destinasi kita semakin hampir
dermaga esok telah kelihatan di hujung tanjung
tempat berkunjung, tempat bersama, tempat menanti
pelayaran agung dijanjikan untuk kita berdua

malam-malam yang berlalu itu telah sirna
hanya setiap detik kita bersama memugar bahagia akan lestari
terakam dalam diri, tercatat dalam nubari
menjadi memori untuk seribu tahun lagi
kerana esok pasti ia menjadi kamus kehidupan pewaris bahagia
bagaimana menulis cerita bertemakan cinta seadanya
tanpa pertimbangan darjat, harkat - hanya kesungguhan dan keikhlasan
keazaman dan keyakinan pada kasih sayang
bukan longgokan harta dan nama beriringan pangkat berjela

aku terasa ingin kembali menjenguk masa muda,
masa luka dan masa penuh cerita cinta
kerana di situ ada detik yang membahagia
ada waktu yang tersilap ucap kata-kata
ada langkah yang tersisih dari laluan cita-cita
kubiarkan segala bermalam di gerbang enam dasawarsa
kerana esok aku ingin terus bertualang
mencatat perjalanan menjadi legasi
supaya esok lebih mudah singgah ke pelabuhan
memunggah segala isi palka jiwa
untuk bekalan masa muka yang pasti adanya.

22 September 2013 (Ulta ke-60)






Wednesday, June 26, 2013

CINTA PUTERI TANAH RUMBIA


SENI tanah rumbia di wajahnya
menatap masa
dunia tanpa penaps warna
manusia tanpa pura-pura
negara tanpa sipi saksamanya

aku yang bertualangan di banjaran Titiwangsa
tersesat di tengah rimba sengketa satwa
haus yang mendera
lalu kuseru namamu, puteri tanah rumbia
masihkah ada cinta

hari berlalu
ada yang terlupa mentafsir cintamu.

26 Jun 2013





 

Saturday, June 15, 2013

AKHIRNYA SANJAK SI RENTA DITERBITKAN






Kumpulan Puisi SANJAK SI RENTA telah pun mula menemui masyarakat pada hari khamis 6 Jun 2013. Sehingga hari ini, jualan dan tempahan telah menghampiri 400 naskhah.Bagi teman-teman yang ingin memilikinya boleh menghubungi saya melalui emel: pharmy53@yahoo.com.my . Boleh juga Inbox/PM saya melalui Facebook saya. Senaskhah Sanjak Si Renta dijual dengan harga RM15. Terdapat 65 buah puisi yang ditulisa pada tahun 2006 - 2011.

Wednesday, May 29, 2013

Kumpulan puisi SANJAK SI RENTA saya sedang berada di tempat percetakan dan sedang dalam proses binding. Ia dijangka dapat dikeluarkan untuk pasaran selepas hari Gawai tahun ini (Gawai jatuh pada 1 Jun setiap Tahun). Sanjak Si Renta mempamerkan 65 buah puisi yang saya tulis sejak bersara dari perkhidmatan Kerajaan dalam tahun 2007 hingga 2011. Prakat buku ini ditulis oleh Mantan Timbalan Setiausaha kerajaan Sarawak, Datu Salleh bin Sulaiman.

Friday, May 17, 2013

Kutemukan - Krakatau Band.

Monday, January 21, 2013

MEMBUNUH ENIGMA





kaujanjikan aku mawar merah

penghias laman rumah  

hanya duri menusuk jari

aku ditinggal menangis

untuk seratus tahun lagi



kau berlari bersamanya

mengibar bendera merah

anak-anak menari dalam mimpi

“ah! alangkah indahnya syurga”

dergama membunuh upaya



di batas masa menguji bijaksana

masih adakah waras 

atau harus kembali menjadi abdi

untuk seratus tahun lagi ?

kau yang mengerti 

bagaimana membunuh enigma.


20 Januari 2013