DARI sebatang selangan batu
kubina sampan kehidupan
untuk kuhiliri sungai berliku
menuju ke muara luas
bertarung di laut ganas
mencari ruang bernafas
Aku telah berjanji
merentas lautan uji
ke pulau visi memintal mimpi
berteman angin setia tetapi pelupa
membangun menara cinta
buat kekasih di ibu kota
Telah kupujuk ombak yang galak
menjadi sahabat setia
membawa sampanku ke pantai
bertemu pohonan melambai
aku ingin berbicara
tentang jiwa setia
Di sana kuingin bertandang
berbicara bahasa mentari
ketika siang memecah sunyi
bercinta dengan purnama
ketika malam didakap awan
dan bintang semakin sirna
Sampanku kecil layarku kerdil
laut dan ombak semakin terpanggil
mengajarku erti pelayaran
angin mengusik desirnya mengherdik
aku lemas dihempas ombak ganas
laut mengajarku menentang tewas
Malam pun pulang
mentari kembali gemilang
aku berdiri sendiri
sampanku tidak kembali
aku terdampar di pulau
mentafsir hari-hari yang berlari
20 September 2007
10 comments:
Terima Kasih Pharmy Kerana Sudi berkongsi Puisi Yang Indah Ini...Semuga Anda Terus Berjaya Di dalam Bidang Penulisan!
Terima kasih atas doa sahabat. Saya amat mengharapkan keajaiban untuk masa muka yang lebih bermakna...
Dah leh komen, taniah kerana blog n puisi yang indah disini.
Salam ziarah
terkadang saya terkesan puisi tuan bersifat nostalgik yg rasi.
Salam Sakura,
Teruskan dengan sapaan sdr. Saya senang sekali.
Salam Pak Karamu,
Senang sekali akan kehadiran Pak Karamu di sini. Pasti saya akan jadi pengunjung tetap blog Pak Karamu.
Salam anakanda Dahiri,
Bila nak ke rumah. Bungkai Waktu masih menanti. Beginilah..semakin berlalu usia semakin kita teringat masa lalu..ada yang tak tercapai dik tangan ada yg tak tertunai dik janji...
amazing and beautiful
Thank you Donata.
Post a Comment