Puisi 186: Betapa aku tidak tahu
~salam hormat Pak PenaBahari~
27 Oktober 2009
Malam
Ada retak retak bulan kelmarin
yang pecah sinarnya
mencari cahaya dalam dakap kemelut
mentari enggan pulang
kenapa tidak kudengar
lirih pena dari bicara hati
suara perkasa yang menongkah aksara
dengan akal kalam
dan dakwat fikir
di simpang
telinga sendiri menangkap gelak sinis hati
yang cuba mengapung malu dengan
sapa ramah
keterlaluan memacu aku
membikin aku tidak kenal
salam takzim
mawar marzuki
4 comments:
Salam bang,
"BETAPA AKU TIDAK TAHU"...Kenapa tak tanya? Hehehe
CT nak tanya sikit...nie gambar pokok bunga apa? Nampak macam Mas Cotek tapi ada kelainan sikit :)
Salam CT, abang biasa ngan piokok tu yg abg rakamkan kat tepi sekolah Nurul, pokok liar yg buahnya tak bioleh dimakan..tp terlupa pula namanya..nanti bila dah ingat abg bagi tau, ok..
Salam Pak PenaBahari,
"yang diketahui mungkin untuk setakat hari ini, pun demikian jika berada di waktu pagi, di waktu petangnya belum tentu kita ketahui apa yang bakal mendatangi kita".
Benar Zul,
Allah jua yang maha mengetahui.
Post a Comment