Malam ini aku berjanji memintal awan kerawang menjadi selendang langit bahari tanpa mentari menjadi saksi kita menari waltz buat Mimi menurut putaran cakera cinta Malam ini aku berjanji membawa Mimi menjangkau zaman memutar masa menjadi muda kita menari memugar mimpi Malam ini kuhadiahkan Mimi simfoni dari kejauhan nebula manifestasi masa yang sudah tiada nyanyikan lagu lentera cinta di batas senja memori sepanjang jalan tika berlabuh malam masa kian tua kita hilang aura ditinggal dahina tetamu pulang dura bertandang kitalah dedaun mengeluh luruh di musim mentari membakar diri menjadi nadi cinta di serambi ilusi. Kuching 25 Mac 2009
9 comments:
"WALTZ BUAT MIMI"
bestnya "Waltz buat mimi"
pasti disamping tuan
yang bernama mimi...
Indah n cantik puisi tuan
sakura turut bahagia menatap
tiap2 baik puisi nan syahdu ini.
Salam Sakura,
TK kerana menyukainya.. Yang sebelah tu..si Mim..hehehehe
Salam bang,
Ma'af kerana CT terlambat datang berkunjung...senyum lebar Midah kat sebelah hehehe
Semuga abang berdua sentiasa di dalam rahmat Allah dan rumah tangga yang telah lama dibena akan penuh dengan rahmat dan mawaddah...amien!
Terima kasih atas doa CT. Amien..Amien..Amien
Salamz ayahanda penabahari,
wah..romantik nya.... semoga ayahanda dan bonda sentiasa bahagia selalu dan sihat hendaknya...
Salam anakanda PS,
Terima kasih kerana berkunjung. Datanglah selalu. kehadiran anakanda amat menggembirakan. Bawa teman-teman hadir sama berkunjung di Segara Puisi Penabahari.
Salam...nii gambar siapa? Romi & Juli ke? hehehe
Salam,
ini dua orang yg tersesat zaman...
Post a Comment