Semalam teman-teman sepejabat sekali lagi mengadakan majlis perpisahan buatku. Terasa benar kemesraan yang ditunjukkan oleh taulan. Aku tersentuh. Dalam suasana pagi yang sepi mereka hadiahkan sebuah potret klasik untuk tatapanku sepanjang masa sendiri setelah perkhidmatan sampai ke hujung jalan. Aku sendiri tidak menjangka kepiluan meresapi diri, tapi aku harus belajar menghadapi kesepian..kerana akhirnya nanti kita pasti akan kesepian jua..
Seorang teman sepejabat menghulur sekeping kertas. Kubuka dan kulihat di dalamnya potretku (seperti di bawah ini) dan sebuah puisi dengan tajuk NILAI BUATMU...puisi tulisan Norizan, teman sepejabat..Aku tidak pernah menjangka akan ada teman yang akan meneruskan usaha membudayakan puisi di JPNS...Tahniah Norizan dan teruskan usaha..
Kucatatkan puisi tulisan Norizan untuk tatapan semua...
Norizan , awak punya bakat besar. Percayalah pada diri...
Nilai Buatmu
Di sini kekadang kuhulur jua
catatan saja-saja
yang punya ribuan cela
namun kutahu
kau sedia memaafkan, membetulkan
dan aku akan bersedia
mengutip mutiara iktibar
Dengan ucapan yang amat memikat
darjatmu itu segera terangkat,
maka dengan rasminya
kami yang punya mata dan telinga
akur dengan filsafat pujangga
bahawa kaulah penyair paling berharga
Kau inspirasi
mungkin nanti
sesudah kau pergi
aku tidak bisa lagi
menulis puisi
izanifa
22 Ogos 2007.
2 comments:
Selamat datang ke alam pencen. Ini bukan tirai penutup tapi naiknya tirai babak baru. It is not the end of the world.
Untuk maklumat anda mulai 27 Ogos 2007 saya bertugas sebagai staf Radio 24, Radio Berita pertama di Malaysia dan mulai beroperasi di Lembah Klang mulai 3.9.2007.
So dunia belum berakhir.
Benar sdr Saiee,
Dunia belum berakhir. Saya baru mencapai kemerdekaan dalam erti yang berbeza.
Tahniah atas perlantikan baru sdr.
Post a Comment