Kalah biar bermaruah
patah biar berdarah
jatuh tidak mengeluh
gugur di gelanggang jujur
kecundang tidak temberang
tersungkur tidak undur
Menang tanpa tenang
gagah tanpa wajah
bertempur membunuh syukur
berjuang bertuhan wang
bermadah merobah sejarah
berteman penoda iman
Hati yang suci
membuah simpati
diberkati Ilahi
hati yang kotor
menghapus syukur
dihampiri kufur
Kalah atau menang
bukan sukatan kebenaran
hanya lambang kecurangan
mungkin pantulan ketamakan
atau gambaran kelicikan
haiwan berwajah insan.
18 Januari 2006 - 8 Julai 2007
2 comments:
Macam pernah dengar je ungkapan KALAH BERMARUAH ni
Kan ya asalnya dari SMS seseorang..kepada seseorang..lalu dijadikan puisi.Hanya sik dinyatakan teman ya.....
Post a Comment