Jam 5.00 petang tadi HPku berbunyi , terpampang perkataan Private number pada skrin HP. Bila kujawab terdengar ucapan salam tapi aku masih belum dapat mengecam suara itu..
"Pharo, Taufiq ni.. apa khabar?"
Aku terharu dan tak terucap. Taufiq yang berada di Mekah kerana menunaikan rukun Islam kelima sedang menelefonku. Begitu sekali ingatan beliau padaku. Terasa air mata kegembiraan akan jatuh tapi kutahan jua.
Aku teruskan bicaraku. Tiada lain ucapan dan pesanan beliau pada teman-teman penulis, teruskan usaha dalam membangunkan sastera...
Selepas perbualan kami , aku teringat akan ungkapan Melayu yang tedapat di dalam buku tulisan Tenas Effendy, antaranya tentang pemimpin...
sebagai pemimpin ia berakal
ilmunya banyak menjadi bekal
menjalankan tugas hatinya pukal
memikul beban ianya kekal
fikiran bulat imannya tebal
memimpin selalu menuruti bakal
tahukan diri sedar ke asal
Dijadikan pemimpin ianya ahandal
umat memilihnya tak kan menyesal
1 comments:
alhamdulillah. tuan haji taufek selamat dan dipelihara Allah swt. cemas juga kebelakangan ini terutama mendengar pelbagai bencana berlaku di tanah suci. bangunan runtuh dan kejadian terbaru 'stampede'. membaca mesej Penabahari pagi ini amat melegakan.
Post a Comment