PESAWANGAN PHARMY
Setelah kesekian waktu
terasing dipagar musim
terpisah oleh sejarah
detik pesona itu
kembali
di hujung malamku, akhirnya
kita telah berlari
menerjah dua belahan
bumi
meninggalkan cebisan
mimpi
tercicir di jejak
nubari
jadilah kita pelukis di
teluk nubari
melakar wajah mimpi
tertinggal bersama kesal
dan khayal
benar, malam itu waktu
sakti
tempat menonton sejarah
diri
tanpa mengerti
mengapa pulangnya siang
tak berteman
sedang janji matahari
tidak pernah dimungkiri
ah! Kita telah terlalu
tua
untuk bersama meniti
senja
anak-anak telah dewasa
bertarung dengan masa
menjunjung panji-panji
keluarga
langit dan mentari pun menjingga
sementara Serapi
memerhati setia
Mari bersamaku menyusur
waktu
mudik ke hulu hati yang
kian sunyi
di hujung laluan ini
telah terbina Pesawangan
Pharmy
sebuah istana untuk
kita melabuh usia.
28 Disember 2011
2 comments:
Salam buat abang suami/isteri.
Ma'af kerana lama tidak berkunjung kemari. Sedih CT membaca puisi ini. Nampaknya kita memang serupa...anak2 semua sudah dewasa...
Abang doakan CT dan famili sentiasa dalam lindungan Allah jua
Post a Comment