Kususun aksara
menari jari-jari nyeri
menjadi puisi tentang mimpi
pemuda bestari membina negeri
bertongkat saksama
di atas longgokan hati
yang disakiti
mengapa aku harus hidup
dalam seribu sesalan
setelah mimpi itu
menjadi igauan ngeri
menghantui bondongan generasi
jika boleh kuundurkan waktu
aku ingin kembali
bertafakur di istana lama
kerana di situ
tersimpan harga diri.
9 Disember 2009
0 comments:
Post a Comment