Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Saturday, August 21, 2010

SETIAP KALI TERBUKA PINTU RAMADAN


setiap kali terbuka pintu Ramadan

wajah ibu memenuhi ruang memoriku

kuingati kasihnya mengatasi segala

kurindui sayangnya membatasi masa

kutangisi perginnnya merenyuk setiap sendi dan rasa


kerana Ramadan membawa banyak cerita

cerita ibu dan setiap detik masa bersama

cerita kehidupan di kampung diselimuti kesukaran

cerita tentang kasih sayang dan cinta

tentang pengorbanan dan erti duka


setiap senja sebelum berbuka

kutemani ibu menyeberangi sungai

menuju ke kilang papan tua

tempat ayah bekerja

menjadi penjaga setia

kubawa bersama sekaleng juadah

untuk bapa berbuka dan melepas lelah


Setiap kali terbuka pintu Ramadan

aku kembali menjenguk masa yang telah tiada

gugusan doa memenuhi ruang angkasa

ayat-ayat Tuhan mengundang air mata

betapa kurasai ketiadaan insan tersayang

betapa kurindui belaian ibu

ibu yang telah membesarkan

ibu yang telah menyusukan

ibu yang telah melindungi

dari dosa dan air mata

dari perit dan jerit duka


Ramadan ini kukunjungi pusara bonda

ada kemboja putih mewangi di dadanya

dan sepi memenuhi tamn insan yang telah tiada

sesekali ayat-ayat Tuhan bergema memenuhi ruang angkasa

sesekali terlihat air mata membasahi pusara

amat kurasa detik bonda ketika bersama

amat kunanti ruang waktu menghilang rindu


Setiap kali terbuka pintu Ramadan

rindu memenuhi ruang kecil nubariku

ibu seperti hadir memenuhi malamku

dan aku hanya berupaya menghulur salam

dengan tahlil dan ayat-ayat Tuhan.


21 Ogos 2010

11 Ramadan 1431

5 comments:

muhd amin said...

salam Ramadhan Al-Mubarak.
semoga amalan mendapat berkat

Penabahari said...

Terima kasih sdrku Muhd Amin. Salam Ramadan jua buat sdr dan famili, semoga kehadiran ramadan kali ini mema,bahkan lagi keberkatan di dalam kehidupan sdr.dan famili.

CT said...

Salam bang,

Dah lama CT tak menjenguk kemari kerana kesibukan & kurang sihat, ma'afkan CT! Terharu bila CT baca N3 abang kali ini...Al-Fatihah buat ibu abang.

Penabahari said...

Salam CT'
Terima kasih atas rasa simpati CT. Benar kata orang tua, kita akan merindui mereka setelah mereka tiada.
Semoga CT sembuh dari apa jua masalah kesihatan. Abg demam dan batuk2 sejak minggu pertama puasa dan sekarang puasa telah ke penghujung, batuk masih lagi enggan pergi.

zedmagel said...

Ramadhan datang dan pergi, syawal bertandang dengan kemenangan di sanubari..

Salam Ramadhan...