Tanjong Lobang ketika senja
kaki langitnya merah menyala
membakar selaut jiwa
terperangkap antara pantai dan samudera
mencari jalan susur
menembusi benteng batu sengketa
dibina saudagar dari lembah jingga
Tanjong Lobang waktu senja
adalah waktu bara jiwa wangsa
dikhianati pemuda dari kamar utama
tingkat lima menara utara
Tanjong Lobang ketika senja merakam luka nelayan pantai mencari jalan pulang.
11 November 2009
8 comments:
salam ayahanda,
sekilas pandang di tanjong,
segala duka dan rahsia,
teradun menjadi satu.
seberkas sayang di tanjong,
bersua segala nan istimewa,
merimbun menjadi aku.
Salam anakanda,
Senang mendengar madah anakanda, ayahanda rasa terhibur.
Salam persahabatan.
Assalamu'alaikum bang,
Kelihatan suasana senja di Tanjong Lobang seolah-olah turut sama menangisi nasib nelayan di sana :(
Salam CT,
Senja tiba masa untuk mengadap Dia. Saya sebenarnya sgt menyukai warna senja.
Ada rahsia terbuku menjadi serasi dalam cerita Tanjong Lobang. Apatah lagi apabila senja sering muncul dalam detik waktu yang tidak pernah mungkir...
Bagiku ia bukan lagi rahsia tp sebahagian sejarah yg akan diingati sampai bila-bila. Terima kasih Farmilla Hamdi kerana sudi berkongsi tafsiran sdr.
suguh kurniawan jatuh cinta pada puisi ini....
tanjung loba ketika senja
kepada ia
makin gila aku rasanya
ciieeee.....ga nyambung pak..maaf
Salam Anakanda Suguh,
ah..senang sekali hati ayahanda bila anakanda dtg dari jauh menjenguk kami di sini...
Post a Comment