DARI suaranya yang menggeletar
kukesani ghairah mendesah
ada risau di nubarinya
bersemi menggeletek hati
ada resah berputik di jiwa-
suara dari pelosok kota itu
bicara tentang perjuangan
untuk sebuah nama
dinobatkan sebagai pujangga mandala
seketika nubariku terganggu
oleh sapaan pemuda dari luar kota
menggelarku karyawan generasi baru
setelah empat dekad menulis puisi
mengobati hati insani
dengan aksara murni
aku terkesima!
wajahku menceritakan lelah
meniti malam dengan sebatang kalam
menulis puisi suara nubari
untuk kujadikan misbah
menyuluh bijaksana
di hujung jalan usia
bukan untuk sebuah nama
pujangga mandala
sesekali aku ingin melahirkan rasa amarah
puisi yang kutulis mencegah
betapa aku tidak memahami nubari insani
betapa puisi mengajarku erti manusiawi.
29 Oktober 2009
UTUSAN SARAWAK; 7 NOV 09
8 comments:
Gambar ketika menangkap kerbau untuk korban heheheh, sdr faizal menjampi, sdr dahiri mengurut...
Sdr Farmilla pula jadi heronya. Saya hanya perakam sejarah manusia.
sekali nangga raso trcabut tetak tpi bila baca puisi rasa brsalah juak, tapi itu pndangan masing2 nandak, tapi spekulasi gitu ttntu x meriah, lamak sik nengar brita urg kl japa la...
jangan lalek gilak dengan puisi orang tua babo (mengguna istilah seorang pegawai kanan DBPCS untuk penulis veteran). Embak tetak hahahah
"sesekali aku ingin melahirkan rasa amarah
puisi yang kutulis mencegah"
Jangan marah2...nanti tak hansem lagi hehehe. Salam hujung minggu buat abang sekeluarga!
Tima kasih CT...Selamat berhujung minggu buat CT dan famili...dah tak marah lagi..hehehe
PENYAIR TANPA NAMA
Hidup seorang penyair
sedar tak sedar kita makin ke hujungnya
tak siapa sedar tentang kehadiran kita lantaran sememangnya
ada ketika kita mencari nama tetapi kita sebenarnya memang bukan ternama
jauh sekali punyai anugerah yang diterima.
(Akur saja apa ada pada nama)
Amat payah meleraikan hati dengan bait-bait puisi
seyogia ianya telah sebati dalam diri
amat payah menyepi tanpa berpuisi
seyogia dalam mimpi rawan pun
kita amat damai dengan bisikan puisi.
Biarlah diri tidak duduk di mana-mana generasi
agar puisi-puisi ini tetap ada pengikutnya
dalam diam dalam sepi.
-Puisi itu bagai desah hati
yang tak reti berhenti
dalam diri abadi.
Terima kasih sdrku Idan atas sapaan seindah puisi yang amat kumengerti .Terima kasih jua kerana sudi mengikuti perkembangan blogku ini.
Post a Comment