Lalu ditinggalkanya NARAYANHITI
dengan penuh sendu
setelah lebih dua abad
leluhur penunggu setia
istana diraja citra kuasa
lambang perjuangan dan kemenangan
mempertahankan pertiwi misteri
kukuh di puncak bumi
Hari ini bermula mimpi ngeri
menjadi manusia tidak punya kuasa
kerana keterlanjuran
menghimpit minda sesama bangsa
dengan anarki pembunuh raga
lantas lahirlah segumpal rasa
pada setiap jiwa manusia melata
"nyahkan raja dari Narayanhitinya
"Selamat tinggal Narayanhiti
aku pergi dan tidak akan kembali lagi
kini zaman manusia
menilai makna manusiawi
dan menjunjung harga diri.
0 comments:
Post a Comment