Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Tuesday, June 24, 2008

SUNGAI SARAWAK, mengalirlah ke segara hijau

Seperti seorang tua bertatih di senja usia,
kau dipaksa tenang
memikul beban mendapan
dari hati yang busuk,
membusukkan wajah tenangmu

dan kau harus terima
cengkaman di lehermu
demi mimpi permaisuri
dari bumi yang tidak memahami
tangisan seketul hati

hari ini, ada yang bertanya
benarkah kau bahagia
atau kau kini merpati lara
di d alam sangkar emas
tiada ruang menghela nafas merdeka

sungai Sarawak,
mengalirlah ke segara hijau
rempuhi segala halang
yang membunuh rindumu
biar kutunggu arus lembutmu
di muara yang terlalu sayu

24 Jun 2008





Monday, June 23, 2008

HAIKU#03308

PAGI NAN KABUS,
KAU BERHENTI MENGALIR
- SUNGAI SARAWAK









Monday, June 16, 2008

SELAMAT TINGGAL NARAYANHITI

(Foto ihsan Wikipedia)

Lalu ditinggalkanya NARAYANHITI

dengan penuh sendu

setelah lebih dua abad

leluhur penunggu setia

istana diraja citra kuasa

lambang perjuangan dan kemenangan

mempertahankan pertiwi misteri

kukuh di puncak bumi


Hari ini bermula mimpi ngeri

menjadi manusia tidak punya kuasa

kerana keterlanjuran

menghimpit minda sesama bangsa

dengan anarki pembunuh raga

lantas lahirlah segumpal rasa

pada setiap jiwa manusia melata

"nyahkan raja dari Narayanhitinya


"Selamat tinggal Narayanhiti

aku pergi dan tidak akan kembali lagi

kini zaman manusia

menilai makna manusiawi

dan menjunjung harga diri.




(Foto ihsan Wikipedia)

28 Mei 2008

Tuesday, June 10, 2008

HAIKU#03208


OMBAK BERGOLAK-
ANGIN TENGGARA MANDI
PELAUT RISAU

Sunday, June 8, 2008

HAIKU#03108

BENAK YANG TIBA
BERSAMA AIR PASANG
TERHAKIS TEBING

HAIKU#03008


ANGIN NOVEMBER
GELORA DI LAUT BIRU
AKU TERHARU

HAIKU#02908

DERAIAN HUJAN
MELIMPAHI SANG SUNGAI
TEBING BERDUKA


HAIKU#02808

DI DUSUN BUAH
KELUARGA BERTEMU
MANISNYA MANGGIS

Saturday, June 7, 2008

HAIKU#02708


LANGIT LEMBAYUNG
HORIZON KIAN BENING
AKU TERHARU

Friday, June 6, 2008

HAIKU#02608

BIANGLALAKAH
MENCANTAS LANGIT PETANG
SELEPAS HUJAN?

Thursday, June 5, 2008

HAIKU#02508

KAPAR DI HULU
MENUJU KE MUARA
HUJAN MELANDA

HAIKU#02408


MENTARI JINGGA
SEMBUNYI DI BELAKANG
SERAPI, SEPI

HAIKU#02308

LENTERA PADAM
TAUFAN MEMBADAI LAUT
NELAYAN BIMBANG

HAIKU#02208

PELANGI PAGI
MEMBAWA PESAN ALAM
SAYANGI LANGIT

HAIKU#02108


SELEPAS HUJAN
PELANGI YANG BERTANDANG
LANGIT GEMILANG