Garis telus merentangi lengkung biru
menerobos dinding zaman
terhenti waktu
salam dihulur
buat pengembara masa
melewati tingkat-tingkat usia
Kembaranya di ufuk tidak berbatas
mencari cahaya menerangi
kegelapan yang diwarisi zaman
biar cakerawala bernyala
biar jagatraya kilaunya berkala
teramat sukar mencari laluan firdausi
manusia masih memuja makara
mengatasi zat hakiki
Berlalu seribu z aman
perakam rentetan sejarah
langkah-langkah pengembara masa
berlari menjunjung obor
banyak yang terluka
lebih banyak yang berduka
teramat banyak yang didera
kerana membawa cahaya
Mentafsir makna jalur-jalur pancawarna
di atas kanvas kehidupan
pperlu kesetiaan
perlu kesungguhan
perlu keyakinan
kerana perjalanannya sudah ke penghujung
pengembara masa telah lama tiada.
Januari 2007
0 comments:
Post a Comment