Sepanjang cuti perayaan tahun baru Cina dan awal muharram yang lalu kugunakan untuk menjelajah beberapa bandar dan pekan di Sarawak. Tujuan utama untuk menjenguk Faizal yang berada di Balingian dan Khairul Anwar di Sibu. Entah macam mana, perjalanan kuteruskan hingga sampai ke Miri.
Aku dan keluarga bertolak dari Kuching kira-kira jam 7.30 pagi dan sampai ke Sibu jam 2.30 petang. Kami berehat sebentar di Sibu di rumah Khairul sebelum meneruskan perjalanan ke Mukah. Di Mukah Faizal telah menunggu kami. Kami bermalam di sebuah hotel di bandar Mukah.
Awal pagi berikut kami meneruskan perjalanan ke Miri. Sampai di Miri kami bermalam di sebuah hotel . Badan agak penat. Aku tak keluar ke mana-mana, terus tidur .
Keesokan hari barulah mula merayau-rayau di Miri. Miri semakin anggun dan bergaya.
Dua malam di Miri cukup menggembirakan. Aku sempat bertemu Abizai dan berbicara perkara biasa. Abizai seorang teman yang setia.
Keesokan hari aku dan keluarga berangkat balik menggunakan jalan baru yakni jalan pesisir menuju ke Bintulu. Berehat di Bintulu sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Balingian. Di Balingian aku cukup terasa ketenangannya. Air yang mengalir di Sungai Balingian mengingatkan aku akan zaman kecilku.Alangkah indahnya masa kita masih kanak-kanak. Namun semuanya telah berlalu. Kita tidak mungkin dapat undur ke belakang . Perjalanan perlu diteruskan....
Selepas berehat seketika di Balingian kami berangkat kembali ke Sibu untuk bermalam di rumah Khairul meninggalkan Faizal di Balingian..keseorangan..itu yang diimpikannya..kehidupan di Ladang sawit.
Di Sibu tak banyak aktiviti , sempat melawat seoarang saudara sebelum berehat dan tidur.
Esoknya berangkat ke kuching. Dalam perjalanan sempat berhenti di Saratok untuk membeli sedikit ikan kering..
Jam 3.00 petang sampai ke Kuching. Kehidupan kembali seperti biasa..
0 comments:
Post a Comment