sesekali daalam tenang
aku perlu melangkah jauh
ke pulau bening
mencari mentari pagi
sesekali dalam sepi
aku harus berlari sendiri
di pantai putih
mengutip sisa usia
dihempas ombak masa
kegelapan malam di kota bingar
menamabah resah
lalu malamku di sini
menjadi teman sezaman
akan kuhilangkan segala perit
dipanah dendam semalam
yang bermula
dari sebuah cerita cinta
yang tak bernama
di pulau sepi inilah
tempat asalku
di sini d laut biru
di pulau hijau
di pantai putih
kutemui hening alam
betapa aku merindui
semalam yang kian jauh
betapa aku terus dilukai
pada setiap ruang jasad
di sini aku berlari mencari mimpi
yang hilang di malam kusam
akan kupulihkan segala resah
akan kuhilangkan segala perit
Langit kian hitam
laut kian geram
dan aku perlu berani merentasi
taufan hati yang bertiup
di setiap detik usia
kibarkan sahaja panji-panji kemenanganmu
dalam perang yang tak berhujung ini
aku pasrah pada ketentuan
yang sudah tersurat di dalam sejarah diri.
Jun 2006
dipetik dari kumpulan puisi BINGKAI WAKTU
aku perlu melangkah jauh
ke pulau bening
mencari mentari pagi
sesekali dalam sepi
aku harus berlari sendiri
di pantai putih
mengutip sisa usia
dihempas ombak masa
kegelapan malam di kota bingar
menamabah resah
lalu malamku di sini
menjadi teman sezaman
akan kuhilangkan segala perit
dipanah dendam semalam
yang bermula
dari sebuah cerita cinta
yang tak bernama
di pulau sepi inilah
tempat asalku
di sini d laut biru
di pulau hijau
di pantai putih
kutemui hening alam
betapa aku merindui
semalam yang kian jauh
betapa aku terus dilukai
pada setiap ruang jasad
di sini aku berlari mencari mimpi
yang hilang di malam kusam
akan kupulihkan segala resah
akan kuhilangkan segala perit
Langit kian hitam
laut kian geram
dan aku perlu berani merentasi
taufan hati yang bertiup
di setiap detik usia
kibarkan sahaja panji-panji kemenanganmu
dalam perang yang tak berhujung ini
aku pasrah pada ketentuan
yang sudah tersurat di dalam sejarah diri.
Jun 2006
dipetik dari kumpulan puisi BINGKAI WAKTU