Kuselusuri jasadmu
dingin mendakap
resah diungkap
kekasih telah jemu
Di dadamu terlukis memori
semalam yang hilang
janji terlupa pulang
kita dibiar mencari
Aku telah melupai sejarah
yang membuat dadamu berdarah
manusia terlalu kejam terhadap alam
CAGAR ALAM GUA ANGIN
aku mengingati pagimu yang dingin
di dadamu tersimpan rahsia.
27 Februari 2007
2 comments:
Salam,
Bang Pharo, Miza terkesan bahasa dalam puisi kitak kebelakangan tok cukup kuat dan indah [puitis] dan penuh makna. Miza tumpang gembira dan dapat ilmu bantu baru darinya.
Cuma belum berkesempatan memberi komen untuk satu-satu puisi ciptaan kitak.
Apapun, tahniah kerana tidak berhenti-henti menghasilkan karya bermutu.
Adik Miza
Terima kasih Miza kerana menghargai lontarn fikiran kita.Abg amat senang atas teguran Miza yg jujur.
Post a Comment