Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Thursday, July 9, 2009

SENJA DI SUNGAI SARAWAK


Seperti yang kujanjikan, kuposkan sajakku yang pernah terbit di dalam majalah Dewan Sastera keluaran bulan Jun 1971. Ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada teman-teman di KL yang telah membantu mendapat kembali sajak ini. Terima kasih Huznah Sait dan Roslan Jomel. Jasa teman berdua sangat kuhargai. Lihat sahaja apa yang kutulis ketika berusia 18 tahun. Rasanya aku sendiri sudah lupa apakah isu sebenar ketika itu, namun senja di sungai sarawak tetap terus abadi dalam ingatanku.
Oh ya, sajak masih dalam ejaan lama

senja di sungai sarawak


Senja di sungai Sarawak

awan dan harapan bergerak

perahu petani sarat muatan

mengalir mendesir disenja sunyi


kenangan ini
dalam berita luka

jauh, jauh chinta keluarga
hati berdarah kembali


senja di sungai Sarawak
senjata ini mengukir takdir
hidup atau mati

dibumi subur terchinta

HISYAM A.S.

Sekolah Menengah St. Thomas

Kuching, Sarawak 1971


(Dewan Sastra, Jun 1971)

18 comments:

Bie'z said...

Salam
Ewah pak, muda-muda dah jadi penyajak ek?hihi
Sajak yg indah,terbuai seketika melihat indah senja sg sarawak

sakurasa 2 said...

Tuan
terima kasih kerana sudi berkongsi
puisi "Senja Di sungai Sarawak"
dilaman ni...
pasti mengimbau kembali saat menulis puisi ni...senja di sg sarawak....adakah puisi ni puisi tuan yang pertama tersiar di majalah Dewan Sastera?

Penabahari said...

Salam Bie,
Benar kata Bie. Sajak pertama tersiar di Utusan Sarawak tahun 1968.Masa tu baru 15 tahun umur pak.

Penabahari said...

Salam Sakura,
Sajak ni yg pertama terbit di Dewan Sastera.Sebelum itu ada juga terbit di majalah Perintis, RTM dan Utusan Sarawak.

Farmilla Hamdi said...

Tuan memang seorang penyair tulen, yang punya aura rasa dengan suasana alam yang mesra...

Penabahari said...

Salam sdr Farmilla Hamdi,
Senang sekali menerima kunjungan sdr di Arked Waktu. Terasa dekat pula kita walaupun sdr jauh di Tanah Melayu dan saya masih terperosok di Tanah Rumbia.

defina said...

Salam pak,
Sajak bapak berunsurkan alam dan jiwa. Muda-muda lagi sudah berbakat...Mungkin juga bapak dilahirkan dengan jiwa seni yang halus.

Penabahari said...

Salam Defina,
Bpk harap begitulah nak.Bapak cuba teruskan usaha menulis puisi seadanya. Terima kasih kerana sudi membaca.

CT said...

Salam & Thanks For sharing:)

Penabahari said...

Salam CT,
Dah balik dari kota Jakarta?
Semoga memperolehi hujung minggu yang indah.

arsaili said...

salam...wah saya pun tak lahir masa sajak ni di siar kan....
Dulu petani membawa hasil tani ke bandar melalui sungai sarawak ye?
Bila kita bole mengeteh...kalau saya kembali ke kuching dlm masa terdekat, bole jumpa nanti

Penabahari said...

Salam Arsaili,
Boleh, kalau ke Kuching nanti boleh pekena Mee anggun kat gerai depan masjid Bhg.

muhddamine said...

syabas. memang bakat semulajadi, masa tu kamek masih di darjah 5. Dewan sastera pun belum kenal lagi.

sanur said...

semacam ada kedukaan disana....kesepian, kegundahan dan menunggu harapan, tp saya tidak mau sok tahu biar sanga penulis saja yang menjelaskan maknanya

Penabahari said...

Salam sdr Muhdamine,
Kitak Tkt 1 tahun 1973 kan? waktu ya kamek baru bertugas di SMK Simunjan.

Penabahari said...

Ya sdr Sanur, telah berlalu tiga puluh lapan tahjun setelah sajak itu ditulis. Masa itu alam sekeliling teramat berbeza sekali. Aku sudah tidak ingat lagi apa yg merunsingkan...

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Pak PenaBahari,

"akhirnya SENJA DI SUNGAI SARAWAK muncul di laman ini",

"selain puisi tersebut, saya tertarik dengan nama pena Pak itu".

Penabahari said...

Salam Zul,
Ya, Zul atas bantuan teman-teman di KL dpt dikesani sajak itu.
Nama pak itu pak ambil dari sebuah novel yg pak baca sekitar akhir enam puluhan. tak ingat nama novel itu.