Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Showing posts with label galeri penabahari. Show all posts
Showing posts with label galeri penabahari. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

SYAFAK


Seketika antara siang panjang dan malam suram,
langit diselimuti awan tebal
dengan warna merah berteman jingga
berubah menjadi tua.
Alam berdiri kaku, hitam dan tenggelam.
Indahnya siang
ketika syafak hadir menjadi tabir
menyingkap sebuah malam,
momen untuk rehat yang panjang.

Wahai Rabku,
betapa aku melupai kebesaran dan kekuasaanMu
kerana kelemahan dan kesombonganku
dan betapa Engkau mengasihi hamba-hambaMu
dengan memberi kami syafak,
masa untuk bersujud menyembah kebesaranMU.

10 Februari 2010

Wednesday, November 4, 2009

GITA NOVEMBER




GERIMIS di titian senja
menyingkap tirai ingatan
November musim bercinta
kita sepasang kekasih
dihanyut gita
kugubah menjadi puisi
kita pun menjahit malam
menjadi selimut warisan
pusaka zaman

aku ingin menjadi mentari
bercinta dengan pagi
akan kudakap langit sepi
ketika awan bermimpi
biar lembah niskala penuh rahsia
dibasahi magma rindu
dari lohong jiwa renta

aku berjanji
memugar sepi hati
seperti mentari
bercinta di ufuk jingga
didakap aura cahaya
malam seindah permata

kita adalah pengembara alpa
meredah rimba duga
dibusa angin pancaroba
mengharungi samudera dura
dilambung gelombang sengketa
berteduh di muara saksama
memunggah pasrah
kita teruskan odisi jiwa
menggalas bebanan cinta

aku masih bersamamu
menyusur sungai waktu
ketika bulan hilang warna
ketika malam enggan pulang
kerana kita adalah pengembara
gigih meneroka belantara cinta
mencari kota bernama setia

Gita November
adalah mimpi bahari
ketika malam berpuisi
dan kita didakap lestari,


29 NOVEMBER 2009


UTUSAN SARAWAK: 7 NOV 09


Thursday, July 2, 2009

MEMORI

Foto kenang-kenangan semasa menjadi bestman kepada seorang sahabat, Haji Johari Shebli dan isteri, Beb Sabariah, penulis negeri Sarawak yang menghasilkan novel TIRANI. Ada memori bersama mereka ketika itu, yang tak terlupakan.

Kata pujangga," senyuman berlaku sepantas kilat, namun memorinya kekal sepanjang hayat."
Memori selalu hadir dalam diri. Memori ketika hadir terkadang membuat kita tersenyum. Namun memori biarlah ia tinggal menjadi memori. Usah cuba kembali ke zaman memori lalu atau bermimpi memori kembali di dalam kehidupan hari ini. Kerana memori yang kembali hadir di dalam diri menjadi mimpi selalunya akan menjadi igauan ngeri.
Lalu, kalau begitu, biarkan memori bertandang di dalam sejarah diri, lestari dan tetap diingati.

Akhir catatan ringkas ini saya tinggalkan kata-kata mutiara seorang penyair terkemuka, Rabindranath Tagore, yang sangat menyentuh diri saya:

The butterfly counts not months but moments, and has time enough.




Foto bersama teman-teman sekitar tahun 1972 di lapangan terbang Kuching. Yang bertali leher itu seorang teman yang akan berangkat ke Australia menyambungkan pelajaran di Monash University atas biasiswa Colombo Plan.

Monday, June 15, 2009

KE SIBU... mencari puisi


Merakam saat bahagia bersama pengantin


Dalam perjalanan antara Sri Aman dan Serian kami ketemu senja nan teja


Sekuntum bunga yg kutemui di Sebangkoi, Sarikei...

Hari sabtu, 13 Jun 2009, aku dan famili, maksudku, isteri, dan dua anak, Nurul dan CT ke Sibu. Ikut serta kakak iparku. Kami bertolak ketika mentari masih dibuai kantuk. Kami ke Sibu untuk hadir ke majlis pernikahan saudara kepada menantuku.
Perjalanan cukup tenang dan jalan raya agak sunyi. Memandu tidak melepasi 90km sejam. Tiada apa yang hendak dikejar. Sampai ke Sibu jam 3.30 petang, kami terus ke rumah pengantin. Ah..cucuku Abdul hakim sedia menanti dengan senyuman..aku terhibur.
Kami bermalam di Zuhra, hotel bertaraf sederhana berhampiran masjid lama Sibu. Kami tak ke mana kecuali makan malam di rumah pengantin. Sekembali dari makan malam, aku terperosok di bilik, membaca novel Haruki Murakami, After Dark, sehingga terlelap.

Hari ahad kami awal-awal lagi telah ke rumah pengantin. majlis bermula jam 10.00 pagi. Majlis selesai agak awal. Jam 12.00 kami sudah bertolak kembali ke Kuching.

Dalam perjalanan ke Kuching kami singgah di beberapa tempat untuk berehat. Pertama kami berhenti di tempat rehat Sebangkoi di Bahagian Sarikei, untuk solat zuhur dan minum. Sekuntum bunga berwarna kuning menarik perhatianku, lantas kurakam untuk tatapan semua.
Dari sini kami teruskan perjalanan sehingga ke pusat rehat Betong untuk mengisi minyak kereta dan minum seketika sambil solat asar. Selepas Betong kami terus kan pemanduan sehinga ke persimpangan Sri Aman untuk minum dan rehat agak lama. Jam 5.45 petang baru kami mulakan perjalanan ke Kuching.
Dalam perjalanan sempat CT merakam langit teja ketika senja tiba. Senja memang cantik, disaluti warna yang melankolik boleh membuat kita rasa terharu tak keruan. Kadang-kadang rawan hadir sama, entah mengapa.

Sampai ke Serian jam 7.30 petang, Faisal (anak ketiga) sudah menunggu di situ. Dia dalam perjalanan pulang ke Ladang di Gedong. Kami minum dan makan di gerai. Layanan cukup lembab dan mengecewakan. Aku tak sempat makan nasi goreng dabai yang kupesan kerana terlalu lama untuk siap lantas kubungkus untuk makan di rumah sahaja.

Kami hanya sampai di Kuching jam 9.30 malam.Penat sekali. Aku masih memikirkan tentang puisi yang masih lagi tertangguh..Ikebana..ah..mengapa Jepun sentiasa bermain di dalam mindaku?

Wednesday, May 6, 2009

MALAM INI BERTANAM JAGUNG...


Cici' aka Dania Masyitah dengan gaya serikandi...


Laila dan famili di majlis persandingan adiknya, Zakariyya dan Erda


Bersama Laila dan Erda di majlis Akad Nikah Hafiz, anak saudaraku


Laila bersama anak-anak menikmati senja di sungai Sarawak


Mohd Faiz Sanim, cucu pertama, dah 11 tahun usianya...


Zulaikha aka Juju dengan gaya pramugarinya.


Teringat akan puisi lama ini...
Malam ini bertanam jagung
esok bertanam serai
malam ini kita sekampung
esok kita kata bye-bye..

Semalam atau lebih tepat awal pagi ini jam 12.30 pagi Laila dan anak-anak kembali ke Sungai Petani setelah tinggal bersama kami selama enam bulan. Berat sekali hendak berpisah tapi kehidupan perlu diteruskan. Dia sudah dewasa dan sudah punya kehidupan sendiri
Laila Nur Rohamimi, anak sulung telah memilih untuk tinggal di Sg Petani dan itu ketentuan Ilahi. Kita hanya dapat berdoa untuk kesejahteraannya.
Kami tinggal seperti dahulu, kami bertiga..aku, isteri dan Nurul...menelusuri malam-malam kami dengan sabar menunggu pertemuan akan datang...

Thursday, April 30, 2009

HAIKU#004-09


DITINGGAL RONTOK

SEMARAK API
LULUH DI TEPI JALAN
DITINGGAL RONTOK

Wednesday, April 29, 2009

KETENANGAN


Minggu lepas saya dan Nurul sempat ke Taman Rekreasi di belakang Bangunan Bapa Malaysia, Kuching. Di situ terdapat tempat pejalan kaki dan juga tempat bersenam dengan pelbagai alat untuk bergayut dan merenggang badan dan otot.
Kami berdua hanya berjalan mengelilingi kolam di taman tersebut. Selepas penat berjalan kami ke satu kawasan tempat pejalan kaki berjalan. Di atas jalan diletakkan dengan batu yang agak tajam yang digunakan untuk refleksologi kaki. Kami berjalan s elam lima belas minit sebelum beredar. Masa sudah agak lewat.
Saya suka sekali berada di kawsan itu. Tempatnya tenang dan nyaman ditambah keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh kawasan hijau. Saya bercadang ke sana lagi hujung minggu ini, jika tak hujan. Nurul selalu mengajak saya ke sana. Mungkin kali ini saya dapat menemaninya.
Menatap ketenangan di sana mengingatkan saya akan kata-kata mutiara Jawaharlal Nehru. Katanya,

Peace is not a relationship of nations. It is a condition of mind brought about by a serenity of soul. Peace is not merely the absence of war. It is also a state of mind. Lasting peace can come only to peaceful people.