Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Monday, June 15, 2009

KE SIBU... mencari puisi


Merakam saat bahagia bersama pengantin


Dalam perjalanan antara Sri Aman dan Serian kami ketemu senja nan teja


Sekuntum bunga yg kutemui di Sebangkoi, Sarikei...

Hari sabtu, 13 Jun 2009, aku dan famili, maksudku, isteri, dan dua anak, Nurul dan CT ke Sibu. Ikut serta kakak iparku. Kami bertolak ketika mentari masih dibuai kantuk. Kami ke Sibu untuk hadir ke majlis pernikahan saudara kepada menantuku.
Perjalanan cukup tenang dan jalan raya agak sunyi. Memandu tidak melepasi 90km sejam. Tiada apa yang hendak dikejar. Sampai ke Sibu jam 3.30 petang, kami terus ke rumah pengantin. Ah..cucuku Abdul hakim sedia menanti dengan senyuman..aku terhibur.
Kami bermalam di Zuhra, hotel bertaraf sederhana berhampiran masjid lama Sibu. Kami tak ke mana kecuali makan malam di rumah pengantin. Sekembali dari makan malam, aku terperosok di bilik, membaca novel Haruki Murakami, After Dark, sehingga terlelap.

Hari ahad kami awal-awal lagi telah ke rumah pengantin. majlis bermula jam 10.00 pagi. Majlis selesai agak awal. Jam 12.00 kami sudah bertolak kembali ke Kuching.

Dalam perjalanan ke Kuching kami singgah di beberapa tempat untuk berehat. Pertama kami berhenti di tempat rehat Sebangkoi di Bahagian Sarikei, untuk solat zuhur dan minum. Sekuntum bunga berwarna kuning menarik perhatianku, lantas kurakam untuk tatapan semua.
Dari sini kami teruskan perjalanan sehingga ke pusat rehat Betong untuk mengisi minyak kereta dan minum seketika sambil solat asar. Selepas Betong kami terus kan pemanduan sehinga ke persimpangan Sri Aman untuk minum dan rehat agak lama. Jam 5.45 petang baru kami mulakan perjalanan ke Kuching.
Dalam perjalanan sempat CT merakam langit teja ketika senja tiba. Senja memang cantik, disaluti warna yang melankolik boleh membuat kita rasa terharu tak keruan. Kadang-kadang rawan hadir sama, entah mengapa.

Sampai ke Serian jam 7.30 petang, Faisal (anak ketiga) sudah menunggu di situ. Dia dalam perjalanan pulang ke Ladang di Gedong. Kami minum dan makan di gerai. Layanan cukup lembab dan mengecewakan. Aku tak sempat makan nasi goreng dabai yang kupesan kerana terlalu lama untuk siap lantas kubungkus untuk makan di rumah sahaja.

Kami hanya sampai di Kuching jam 9.30 malam.Penat sekali. Aku masih memikirkan tentang puisi yang masih lagi tertangguh..Ikebana..ah..mengapa Jepun sentiasa bermain di dalam mindaku?

6 comments:

sakurasa 2 said...

Tuan

puisi yang masih lagi tertangguh.....perlu disiap segera kerana kalau mengikut musim bunga jepun bunga sakura hanya berkembang 10 hari sahaja...selepas tu kena tunggu tahun depan pula musimm sakura...
he he he

Penabahari said...

Anggerik dan melati sebagai ganti untuk menggubah ikebana, bagaimana Sakura?

sakurasa 2 said...

Tuan
ya setangkai anggerik kita gantikan untuk menggubah ikebana...

salam dari sakura

Bie'z said...

Heheh ada kenangan tertinggal agaknya di Jepun tu yang Pak termimpi-mimpi kot?
Cpt siapkan Pak, saya tgu ni.

Penabahari said...

Sakura,
Tak jadi anggerik, kita petik sakura saja.

Penabahari said...

Anakanda Salbie,
Dah siap. Tak de kenangan kat sana, cuma bermimpi keindahan seninya.