Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Sunday, June 21, 2009

HARI BAPA

Update: 30 Jun 2009

Terima kasih anakanda Eni atas pemberian di atas. Semoga terus bahagia dan dirahmati-Nya jua.



Selesa sekali berada di pelita Restaurant

Setiap tahun pabila hari bapa tiba, pasti hp akan penuh dengan mesej drpd anak-anak yang ingin mengucapkan hari bapa. Masing-masing dengan gaya dan mesej tersendiri. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak-anak. Aku senang sebenarnya.
Tahun ini agak istimewa juga rupanya. Semalam Zakariyya yang baru sampai dari Miri bapa kami sekeluarga ke Pelita Restaurant di Kota Sentosa menikmati makanan ala-India bagi menyambut hari bapa, katanya. Ikut serta isteri, dan anak-anak, Faizal, CT dan Erda( menantu -isteri Zakariyya).
Nurul tak ikut sama kerana dia berada di rumah kakak iparnya di matang. Khairul pula masih di KL dan hanya menghantar mesej padaku. Fadli yang kini berada di Pasir Gudang telah mesej seminggu lalu, aneh. Dia tak pasti lagi bila hari bapa..aku ketawa seorang.
Semasa di Restoran Lali buat panggilan video Call,. Aapa lagi cucu-cucu kat SP bising dengan ketawa melihat wajah kami. Kami ikut terhibur.
Selesai makan kami balik, aku bersama isteri dan budak-budak ikut kereta laini. Sampai di rumah aku capai novel yang masih belum habis kubaca - Love in the time of Cholera tulisan Gabriel Garcia Marquez- kini aku semakin mendesak diri untuk terus membacanya setelah menonton filem ini di TV Astro.
Apa sebenarnya yang ingin anak-anak kita nyatakan pada seorang bapa. Aku dapat rasakan bahawa mereka terlalu sayangkan bapa mereka dan ingin memberi kebahagian ketika masih ada waktu. Tentu sekali mereka ingin dilihat berbakti buat bapa ketika dia masih ada. Entah esok entah lusa bapa akan pergi. Itu kepastian. Setelah bapa pergi segalanya akan tinggal menjadi memori dan memori inilah yang ingin dicipta dengan penuh keindahan bukan memori yang penuh keperitan.
Selamat hari bapa buat semua bapa yang melayari alam maya ini.

6 comments:

sakurasa 2 said...

Tuan
Selamat Hari Bapa
tahun ni sakura tak berkesempatan bersama Abah sakura di hari bapa.

salam dari sakura

Penabahari said...

Terima kasih Sakura. Ayah saya pun telah lama tiada. Hanya Al-fatihah yg dapat kita titipkan.
Salam

dahirisaini said...

tahniah anak2lah cahaya yg menyinar selama dalam nurani. salam.

Penabahari said...

Terima kasih Dahiri. Selamat menyambut hari bapa buat sdr.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Pak PenaBahari,

"selamat hari bapa" (meskipun agak terlewat sedikit),

"terima kasih" kerana "secebis doa ditinggalkan" di komentar KOTA PUISI saya ...

Penabahari said...

Salam sdr Zulkifli,
Terima kasih kerana menziarhi bapa di sini.
Semoga terjalin silaturrahmi