Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Sunday, September 22, 2013

DI GERBANG ENAM DASAWARSA





ada ketika aku ingin kembara menerobos jalur ingatan
terapung bersama gumpalan gemawan di jumantara minda
mengutip manik-manik usia remaja aneka warna
untuk kupintal menjadi kalung mimpi tanpa watas masa
hadiah untuk diri, menjadi pusaka bukan longgokan dosa
kerana di lapangan senja penuh warna pesona
sangat menjerat upaya,
aku terasa renta di gerbang enam dasawarsa
kabur segala dan aku tersadai di penjuru masa

ketika malam bersendiri aku sabar menanti hamparan bimasakti
menanti malam melabuh tabirnya
dingin membentuk embun hadiah buat pagi
apakah kita akan bersatu antara waktu, melakar sejarah dan wajah
atau berpisah dalam lelah, terlena dalam jaga di penjuru usia tua
bermimpi dalam kelana, pasrah menerima seadanya

aku hanyalah matahari yang menari di awal pagi
kau purnama penyuluh kala malam temaram
kita belajar memahami falsafah kembara bersama
merentasi segara antara tenang dan gelora
sesekali ada ombak galak menolak dan aku terpanggil di atas palka
kau merintih kerana olengan bahtera tentunya sementara
haruskah kuingatkan padamu destinasi kita semakin hampir
dermaga esok telah kelihatan di hujung tanjung
tempat berkunjung, tempat bersama, tempat menanti
pelayaran agung dijanjikan untuk kita berdua

malam-malam yang berlalu itu telah sirna
hanya setiap detik kita bersama memugar bahagia akan lestari
terakam dalam diri, tercatat dalam nubari
menjadi memori untuk seribu tahun lagi
kerana esok pasti ia menjadi kamus kehidupan pewaris bahagia
bagaimana menulis cerita bertemakan cinta seadanya
tanpa pertimbangan darjat, harkat - hanya kesungguhan dan keikhlasan
keazaman dan keyakinan pada kasih sayang
bukan longgokan harta dan nama beriringan pangkat berjela

aku terasa ingin kembali menjenguk masa muda,
masa luka dan masa penuh cerita cinta
kerana di situ ada detik yang membahagia
ada waktu yang tersilap ucap kata-kata
ada langkah yang tersisih dari laluan cita-cita
kubiarkan segala bermalam di gerbang enam dasawarsa
kerana esok aku ingin terus bertualang
mencatat perjalanan menjadi legasi
supaya esok lebih mudah singgah ke pelabuhan
memunggah segala isi palka jiwa
untuk bekalan masa muka yang pasti adanya.

22 September 2013 (Ulta ke-60)






3 comments:

CT said...
This comment has been removed by the author.
CT said...

Ooop! So sorry terdelete the comment :( Don't know what did I do wrong ...sorry!

Pena Bahari said...

Thanks for the visit Ct. I'll send the SSR in the near future.