Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Wednesday, February 10, 2010

SYAFAK


Seketika antara siang panjang dan malam suram,
langit diselimuti awan tebal
dengan warna merah berteman jingga
berubah menjadi tua.
Alam berdiri kaku, hitam dan tenggelam.
Indahnya siang
ketika syafak hadir menjadi tabir
menyingkap sebuah malam,
momen untuk rehat yang panjang.

Wahai Rabku,
betapa aku melupai kebesaran dan kekuasaanMu
kerana kelemahan dan kesombonganku
dan betapa Engkau mengasihi hamba-hambaMu
dengan memberi kami syafak,
masa untuk bersujud menyembah kebesaranMU.

10 Februari 2010

6 comments:

sakurasa 2 said...

Salam tuan
sebuah puisi indah yg membawa kita sentiasa mengingati kebesaranNYA...
tika awan-awan merah dilangit...

zedmagel said...

Salam Sahabatku Penabahari,

Sebuah Puisi yang sangat mendamaikan jiwa. Puisi GETAH MURAH tuan telah saya abadikan di blog saya. Terima kasih kerana membenarkan saya membuat sedikit suntingan dan dedikasi kepada arwah emak saya. Puisi ini benar-benar dekat dengan kisah saya.

Bagaimana tuan mendapatkan ilham untuk melahirkan puisi saban hari?

Penabahari said...

Salam Sakura dan suami,
Terima kasih berkunjung dan semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya jua.

Penabahari said...

Salam sdrku Zedmagel,
Terima kasih atas penghargaan sdr mengabadikan puisi KETIKA GETAH TERAMAT MURAH di blog sdr. Saya dapat merasai pengalaman sdr itu. nampaknya kita menempuhi suasana yang agak sama suatu ketika lalu.Jika difikirkan kesukaran ketika itu,tentu kita tidak ingin mengundurkan waktu. Sygnya anak-anak kita ada yg kurang memahami apa yg pernah kita alami. Semoga mereka diberi petunjuk untuk kesejahteraan bangsa.
Sebenarnya sdr, saya tidak prolifik dalm menulis puisi. kadang2 sebulan saya hanya dapat menghasilkan dua tiga buah sahaja. kadang-kadang kurang dari itu. Tapi apa yg penting saya menulis puisi setiap hari.Banyak yg tak menjadi.., yg penting kita menulis sesuatu yg benar untuk tatapan masyarakat.
Begitulah yang dapat saya perjelaskan.

cahaya malam said...

salam..

persis titis embun jerneh,
singah di hujung kelopak daun,
indah disinari mentari pagi,
itulah bahagia,
meresapi tasik raga,
kala mata menjamu aksara saudara,

;)

*saya suka.
kalau boleh dalam sebulan biar 30 puisi dilahir (^^,)

wassalam.

Penabahari said...

Salam sdrku Cahaya Malam,
Semoga ketenangan sentiasa bersama sdr.
Terima kasih atas kata-kata yang indah sdr.