"Innama asyku bassi wa huzni ilALLAH" - Sesungguhnya kuadukan sedihku, gundah gulanaku hanya padaMu Ya Allah.
Abah, Kesedihan hanyalah permainan hidup didalm ujianNya. Ibarat cuaca yang terang disiang hari tiba-tiba menjadi gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Sangat lebat hingga membasahi bumi...
Seketika kemudian... langit kembali menjadi terang. Awan kelihatan putih bersama aroma bau udara yang sangat segar. Rumput yang masih basah. Namun bisa kedengaran suara burung berkicau meriah. Dasana kelihatan muncul semula mentari membawakan cahayanya buat penduduk bumi. Dia muncul lagi untuk mempamirkan pelangi yang cantik sekali.
Hidup ini terlalu banyak bayangan mainan perasaan. Adakala kita kuat dan hebat, adakalanya kita kalah dan lemah. Seperti kesedihan dan kegembiran semuanya tidak pernah menjanjikan kekal untuk bertahan selamanya. Sesekali harus menangis.. menangislah. Dan apabila melalui zaman kebahagiaan dan ketawa, bergembiraanlah kerana setiap detik dan waktu itu adalah pelajaran dan kekuatan untuk teruskan perjalanan menjelang hari esok sebelum kita dijemput semula pulang kepadaNya.
Ingatlah abah... Semua ini tidak akan menjadi apa-apa kerana kita hanyalah hamba. Seorang hamba haruslah sentiasa REDHA akan dugaan Sang Pecipta kerana DIA sentiasa menjanjikan nikmat yang lebih besar dari apa yang telah disabarkan biarpun pahit dan terlalu pahit untuk ditelan.
Kata Hamka; kita bukan Nabi dan kita bukan Rasul tetapi kita adalah umat nabi yang diduga Allah tidak sehebat mana jika dibandingkan dugaan yang dilalui mereka. Jadi, saat merasa bencana fikirkanlah mereka yang lebih hebat mengalami kecelakaan itu tetapi tetap tabah harunginya. Pun begitu saat menerima nikmatnya, fikirkanlah masih ramai diluar sana juga berhak sama-sama memiliki kenikmatan itu, berhak untuk merasakannya kerana sedekah juga sebahagian dari penawar kesedihan. Syukurilah nikmat perasaan ini... kita hanya seorang expendable yang berjalan dalam musafir yang panjang sebelum tiba waktu ke destinasi seterusnya.
Salam rindu dari anakanda Yang tetap mendoakan dari kejauhan ini
Salam CT, You're always my sister. Saya tahu CT akan berada di samping saya ketika dalam suka mahu pun duka. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Semoga CT dirahmatiNya jua.
4 comments:
"Innama asyku bassi wa huzni ilALLAH" - Sesungguhnya kuadukan sedihku, gundah gulanaku hanya padaMu Ya Allah.
Abah,
Kesedihan hanyalah permainan hidup didalm ujianNya. Ibarat cuaca yang terang disiang hari tiba-tiba menjadi gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Sangat lebat hingga membasahi bumi...
Seketika kemudian... langit kembali menjadi terang. Awan kelihatan putih bersama aroma bau udara yang sangat segar. Rumput yang masih basah. Namun bisa kedengaran suara burung berkicau meriah. Dasana kelihatan muncul semula mentari membawakan cahayanya buat penduduk bumi. Dia muncul lagi untuk mempamirkan pelangi yang cantik sekali.
Hidup ini terlalu banyak bayangan mainan perasaan. Adakala kita kuat dan hebat, adakalanya kita kalah dan lemah. Seperti kesedihan dan kegembiran semuanya tidak pernah menjanjikan kekal untuk bertahan selamanya. Sesekali harus menangis.. menangislah. Dan apabila melalui zaman kebahagiaan dan ketawa, bergembiraanlah kerana setiap detik dan waktu itu adalah pelajaran dan kekuatan untuk teruskan perjalanan menjelang hari esok sebelum kita dijemput semula pulang kepadaNya.
Ingatlah abah...
Semua ini tidak akan menjadi apa-apa kerana kita hanyalah hamba. Seorang hamba haruslah sentiasa REDHA akan dugaan Sang Pecipta kerana DIA sentiasa menjanjikan nikmat yang lebih besar dari apa yang telah disabarkan biarpun pahit dan terlalu pahit untuk ditelan.
Kata Hamka; kita bukan Nabi dan kita bukan Rasul tetapi kita adalah umat nabi yang diduga Allah tidak sehebat mana jika dibandingkan dugaan yang dilalui mereka. Jadi, saat merasa bencana fikirkanlah mereka yang lebih hebat mengalami kecelakaan itu tetapi tetap tabah harunginya. Pun begitu saat menerima nikmatnya, fikirkanlah masih ramai diluar sana juga berhak sama-sama memiliki kenikmatan itu, berhak untuk merasakannya kerana sedekah juga sebahagian dari penawar kesedihan. Syukurilah nikmat perasaan ini... kita hanya seorang expendable yang berjalan dalam musafir yang panjang sebelum tiba waktu ke destinasi seterusnya.
Salam rindu dari anakanda
Yang tetap mendoakan dari kejauhan ini
Wasalam
Salam,
I'm always around if you need a friend/sister...take care bang!
Salam anakanda Eni,
Terima kasih atas tulisan yang membantu menghilangkan kesedihan abah.
Salam CT,
You're always my sister. Saya tahu CT akan berada di samping saya ketika dalam suka mahu pun duka. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik. Semoga CT dirahmatiNya jua.
Post a Comment