Meniti malam di ranjang usang
dia menghela nafas lelah
cuba memahami makna usia
yang enggan menjadi tua
lalu dikunyahnya bicara
pujangga negara
utara segara
cerita tentang manusia
tanpa istilah usia
tanpa watas masa
diselusurinya lorong cakerawala
menerawang antara gugusan awan
ketika masa terhenti
di batas lelah dan payah
antara lelap dan ilusi
langkahnya pantas melintas
setiap lorong dan jurang
antara gunung dan lembah
menghayati alunan irama
dari negeri tak bernama
berlirikkan cerita menggugah minda
akhirnya dia singgah ke pelabuhan realiti
menjadi lelaki yang dikecewakan usia
dalam sedar,nafasnya mula terhenti
usianya tidak bergerak lagi.
22 Oktober 2009.
8 comments:
usia tidakkan pernah benci
usia tidakkan pernah bohong
usia tidakkan pernah tunda
usia adalah lukisan sejarah manusia
yang mana jalinannya adalah rasa
dan warnanya ialah citra hidup yang tersisa
pada kanvas bernyawa.
Dia lelaki yang mencari makna usia
"akhirnya dia singgah ke pelabuhan realiti
menjadi lelaki yang dikecewakan usia
dalam sedar,nafasnya mula terhenti
usianya tidak bergerak lagi."
Sedihnya bang! Wassalam...
Sesuatu yng pasti tiba, ya dik CT.
Salam Pak PenaBahari,
"saya juga antara 'lelaki itu' - segalanya tetap pinjaman".
Salam Zul,
Benar Zul, kehidupan itu pinjaman, kita harus membayar balik pinjaman kita. Salam persahabatan.
kita kena terima hqakikat bahawa usia kita semakin meningkat, kita semakin tua bukan sebaliknya. Itu sahaja pendapat saya ttg usia. Tq
Salam sdr Muhddamine,
Begitulah hakikatnya, usia kian meningkat dan kita bersyukur dpt terus merasai kehidupan pd usia begini.
Post a Comment