Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Friday, July 24, 2009

CERITA SEBUAH SENJA


Tahun 1976 pertama kali puisiku diterbitkan oleh Biro Kesusasteraan Borneo dalam sebuah antologi bersama BUIH DI AIR. Terdapat enam buah puisiku yang terbit bersama beberapa orang penulis lain. Satu pencapaian yang baik bagi diriku yang ketika itu baru berusia 23 tahun.

CERITA SEBUAH SENJA

Dengan irama nan mendayu
barisanku bernyanyi
bergema di angkasa luas

anakku memanggil
memujuk
merayu engkau
datanglah ke barisan kami
datanglah pada kemenangan

Ini senja sudah tua
menjenguk kota kabut
anakku memanggil lagi
'datanglah untuk kemenangan'
tapi engaku tertawa saja
bersama dayang-dayang keliling pinggang
dan kini Cafe itu telah jadi istanamu
kerana sudah separuh abad usiamu
masih lagi menjenguk Monalisa

Di bukit sana masjid emas menunggu lawat
dan di kakinya istanamu bermegah
dan kini anakku memanggil lagi
tapi engkau membisu
memekak
membiarkan senja berlalu

esok senja datang lagi
anakku memanggil lagi
Monalisa kan tersenyum
menghantar sinaran senja.

1975

10 comments:

defina said...

Salam pak,
Senja pasti tidak jemu untuk muncul, namun senja juga akan pergi....

muhddamine said...

ermmmm, tahun 76, saya belajar di smk tun abg haji openg, ting. 4. masa tu seorang penyajak menjadi guru di smk tun openg, iaitu Cikgu Mat Segalang. kemudian beliau ke DBP.

faziz ar said...

salam perkenalan..
semuga persahabatan ini akan berpanjangan
akan sentiasa melawat puisimu disini
kalau sudi kelaman saja juga

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Pak PenaBahari,

"ada kenangan tentunya dengan puisi tersebut"'

"saat tersebut saya masih kanak-kanak Pak PenaBahari".

arsaili said...

salam...sungguh menarik..harap sihat yea

Penabahari said...

Salam Defina,
senja suatu detik yg indah namun pemergiannya memeritkan.

Penabahari said...

Sdr Muhddamine,
1976 saya telah kembali ke Kuching dari Simunjan.

Penabahari said...

Salam sdr Fauzi,
Terima kasih sudi berkunjung ke Arked Waktu. Saya akan pasti mengunjungi laman sdr.
Salam persahabatan

Penabahari said...

Salam sdr Zul,
1976 momen yang indah dan menceriakan bagi bapak. Anak pertama lahir tahun itu.Sekarang usianya dah berumur 33 tahun dan punya 3 anak.

Penabahari said...

Salam sdr Arsaili,
terima kasih menjenguk bapak.Tak ada yg serius, demam biasa aje.