Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Tuesday, June 30, 2009

SENJA DI SUNGAI SARAWAK

Senja Di Sungai Sarawak, nama puisi saya yang diterbitkan oleh DBP dalam Dewan Sastera sekitar bulan Mei 1971, jika tak silap. Saya ingin benar hendak menatap kembali puisi itu. Mungkin satu hari nanti saya berpeluang ke DBP KL untuk menatapnya kembali. Terasa rindu pada puisi ini. Sayang saya tidak ada menyimpan salinannya. Senja di Sungai Sarawak suatu pengalaman yang benar-benar mendatangkan kerinduan pada yang menatapn...

Monday, June 29, 2009

TERKAPAR-KAPAR

Malam tadi berpeluang membaca pos oleh seorang teman, Salbie, di blognya. Membaca sambil tersenyum sendiri, ada juga manusia yang serupa aku ini, lambat update blog. Puisi-puisi yang sedang kutulis masih banyak terbengkalai. Mcm-mcm nama puisi yg kutulis tp masih lagi dalam stor, tak siap-siap. Apa yang mengganggu aku drpd menulis dengan lancar. Tapi rasanya mungkin sehari dua ni aku boleh siarkan puisi tentang Careva. Ah Careva lagi. Apa ada pd Careva? Entah semacam ada tarikan pula. Kerana terlalu sukar nak siapkan puisi aku mula bermain dengan digital Cameraku. Klik sana dan sini akhirnya kupilih anggur dan Abdul Hakim sebagai bahan...

Sunday, June 21, 2009

HARI BAPA

Update: 30 Jun 2009Terima kasih anakanda Eni atas pemberian di atas. Semoga terus bahagia dan dirahmati-Nya jua.Selesa sekali berada di pelita RestaurantSetiap tahun pabila hari bapa tiba, pasti hp akan penuh dengan mesej drpd anak-anak yang ingin mengucapkan hari bapa. Masing-masing dengan gaya dan mesej tersendiri. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak-anak. Aku senang sebenarnya. Tahun ini agak istimewa juga rupanya. Semalam Zakariyya yang baru sampai dari Miri bapa kami sekeluarga ke Pelita Restaurant di Kota Sentosa menikmati makanan ala-India bagi menyambut hari bapa, katanya. Ikut serta isteri, dan anak-anak, Faizal, CT...

Friday, June 19, 2009

ANUGERAH DARIPADA SEORANG SAHABAT

updateAward yang diterima dari seorang anak alam siber, Hirne Saris. "Eni abah amat menghargai dan menilai tinggi award ini. Terima kasih.Anugerah persahabatan di atas saya terima darpada seorang sahabat yang baru saya kenali beberapa ketika yang lalu, sdr Sanur Sukur. Sebenarnya saya rasa begitu terharu atas pemberian ini dan saya hanya dapat ucapkan berbanyak terima kasih buat teman saya, sdr Sanur kerana mengingati saya. Mengikut apa yang disarankan saya perlu ambil langkah-lkangkah berikut untuk melaksanakan penerimaan anugerah ini: 1.Poskan gambar anugerah di blog:telah disempurnakan 2.Sebutkan siapa yang memberi anugerah ini dan sertakan...

LENTERA CINTA

Bisikan itu pawana di tengah hari melenggok dingin ketika bahang mentari membakar seluruh ruang rasa sapaan itu usikan orion bertiga menguji cinta purnama ketika segugus mega mengintai meteor cinta setelah siang kembali pawana entah ke mana dan aku pemburu waktu ditinggal meredah belukar muram mencari lurah kasih sebuah kehidupan aku terus tersesat di terminal hati menjaring musim bahari meraba-raba dalam duka aku pemburu alpa terlupa jalan ke rabung cinta Ah...senja menjalar jua menyelimuti jumantara dengan gugusan teja seketika malam membawa salam aku dipeluk kelam sirna dalam sunyi seorang wanita tua dari ujana asmara di tangannya kerdipan...

Monday, June 15, 2009

KE SIBU... mencari puisi

Merakam saat bahagia bersama pengantinDalam perjalanan antara Sri Aman dan Serian kami ketemu senja nan tejaSekuntum bunga yg kutemui di Sebangkoi, Sarikei...Hari sabtu, 13 Jun 2009, aku dan famili, maksudku, isteri, dan dua anak, Nurul dan CT ke Sibu. Ikut serta kakak iparku. Kami bertolak ketika mentari masih dibuai kantuk. Kami ke Sibu untuk hadir ke majlis pernikahan saudara kepada menantuku. Perjalanan cukup tenang dan jalan raya agak sunyi. Memandu tidak melepasi 90km sejam. Tiada apa yang hendak dikejar. Sampai ke Sibu jam 3.30 petang, kami terus ke rumah pengantin. Ah..cucuku Abdul hakim sedia menanti dengan senyuman..aku terhibur....

Wednesday, June 10, 2009

IKEBANA

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions...