Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Friday, May 1, 2009

ALAHAI POS MALAYSIA...




Minggu Lepas anak saya terima mel xpres dari KK,seseorang hantar baju untuk dia. Dia bekerja di luar bandar lantas tak sempat nak ambil lantas saya tolong ambilkan untuk dia. Pada surat arahan kutipan itu telah dicop alamat tempat mengambil mel tersebut yakni di Tingkap Luar, GPO Jalan Tun Abang Haji Openg.
Hari Isnin saya ke Pejabat Pos untuk kutip
surat tersebut. Sampai di seksyen berkaitan saya serahkan surat kebenaran mengambil mel tersebut. Tapi saya diberitahu, mel itu hendaklah dikutip di Jalan Pending. Saya tergamam sekejap.
"Tapi Encik, di notis ini ada tercatat alamat supaya saya kutip di sini, di Jalan Tun Abang Haji Openg," kata saya menunjukkan alamat yang tertera. Nak tahu apa penjelasan beliau;
"Oh..posmen kami tu pakai cop lama. Mel itu kini diserah di tingkap luar kat pejabat di Pending," kata staf yang berada di kaunter itu dengan penuh yakin.
Saya tak terkata apa-apa, melopong begitu sahaja...penjelasannya sungguh memeritkan. Saya kena pergi ke GPO Kuching ikut arahan notis tapi notis itu guna cop lama yang menunjukkan alamat yang salah.Saya tak pasti apakah perasaan staf itu ketika menyatakan alasan itu, mudah sekali? Tahukah dia apa kesan ke atas pelanggan. Tahukah dia betapa susahnya nak pergi dari GPO besar ke Pending. Saya tak rasa dia tahu kesannya.
Saya keluar tanpa sepatah kata, memandu ke Pending beberapa kilometer lagi. Di sepanjang jalan saya dok berfikir..bagaimana kita nak capai perkhidmatan yang dikatakan world class service. Saya lihat caranya masih lagi kelas yang entah nombor berapa.
Alahai Pos Malaysia...



6 comments:

Unknown said...

Wah... Cayalah abah.

"You're Cool"

*Diorang suruh abah buat larian marathon la tu. Pastu buat pasing batton.. nasib baik tak kena merentas desa hehehe...

Penabahari said...

Tak patut kan Eni, buat orang tua berlari marathon.

muhddamine said...

sabar Pak Penabahari. Walaupun sudah diswastakan, namun, perkhidmatan masih ditakuk lama.kalau kami warga pendidik buat kesilapan sebegitu, pastinya akan dicanang seluruh Malaysia. Nak merealisasikan hasrat 1Malaysia spt yang diilhamkan oleh PM kita DS Najib.

Penabahari said...

Benar kata sdr Muhdamine,kasihan warga guru, selalu menjadi mangsa pihak tertentu. Saya masih ingat zaman saya di sekolah rendah sekitar awal enam puluhan, guru amat disanjung dan dihormati bukan sahaja oleh murid sekolah tetapi oleh ibubapa dan masyarakat sekeliling.
Tapi zaman itu sudah berlalu sekarang.
sdr tentu byk cerita ttg pengalaman guru. Tulislah...

dahirisaini said...

bapak pharo nilah saya katakan dulu, ketika saya tulis naskhah drama ttg ict, tapi depa dok melihat benda ict seperti takutkan hantu, tapi bila cakap pasal nak upgradekan tu bukan main lagak je...hehehehe kadangkala semakin dewasa kita maka semakin sensitif jadinya,

Penabahari said...

semakin dewas, semakin penat nak berlari marathon. Tp kalu jalan-jalan melihat pemandangan msh ok jugak. Apa pun, terima kasih kerana menjenguk. Lama Dahiri tak dtg.