Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Wednesday, March 25, 2009

WALTZ BUAT MIMI



Malam ini

aku berjanji

memintal awan kerawang

menjadi selendang

langit bahari

tanpa mentari

menjadi saksi

kita menari

waltz buat Mimi

menurut putaran

cakera cinta


Malam ini

aku berjanji

membawa Mimi

menjangkau zaman

memutar masa

menjadi muda

kita menari

memugar mimpi


Malam ini

kuhadiahkan Mimi

simfoni dari kejauhan nebula

manifestasi masa

yang sudah tiada

nyanyikan lagu

lentera cinta

di batas senja

memori sepanjang jalan

tika berlabuh malam


masa kian tua

kita hilang aura

ditinggal dahina

tetamu pulang

dura bertandang

kitalah dedaun

mengeluh luruh

di musim mentari

membakar diri

menjadi nadi

cinta di serambi ilusi.


Kuching

25 Mac 2009


9 comments:

sakurasa 2 said...

"WALTZ BUAT MIMI"
bestnya "Waltz buat mimi"
pasti disamping tuan
yang bernama mimi...
Indah n cantik puisi tuan
sakura turut bahagia menatap
tiap2 baik puisi nan syahdu ini.

Penabahari said...
This comment has been removed by the author.
Penabahari said...

Salam Sakura,
TK kerana menyukainya.. Yang sebelah tu..si Mim..hehehehe

AUNTIE CT said...

Salam bang,

Ma'af kerana CT terlambat datang berkunjung...senyum lebar Midah kat sebelah hehehe
Semuga abang berdua sentiasa di dalam rahmat Allah dan rumah tangga yang telah lama dibena akan penuh dengan rahmat dan mawaddah...amien!

Penabahari said...

Terima kasih atas doa CT. Amien..Amien..Amien

PUTERI SANTUBONG said...

Salamz ayahanda penabahari,

wah..romantik nya.... semoga ayahanda dan bonda sentiasa bahagia selalu dan sihat hendaknya...

Penabahari said...

Salam anakanda PS,
Terima kasih kerana berkunjung. Datanglah selalu. kehadiran anakanda amat menggembirakan. Bawa teman-teman hadir sama berkunjung di Segara Puisi Penabahari.

AUNTIE CT said...

Salam...nii gambar siapa? Romi & Juli ke? hehehe

Penabahari said...

Salam,
ini dua orang yg tersesat zaman...