Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Sungai Sarawak

Slide # 2

Slide # 2

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 3

Slide # 3

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 4

Slide # 4

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Slide # 5

Slide # 5

Far far away, behind the word mountains, far from the countries Vokalia and Consonantia, there live the blind texts Read More

Tuesday, May 8, 2007

PIPIT

Petang ahad lepas saya ke rumah saudara menghadiri majlis tahlil bagi Allahyarham datuk kami. Rumah saudara terletak tidak jauh dari sekolah rendah tempat saya belajar ketika kecil dahulu. Saya kagum menatap pembangunan sekolah yang begitu pesat. Kalau duhulu sekitar tahun 1966 hanya sekolah itu hanya mempunyai sebuah bangunan kayu setingkat untuk enam buah kelas, kini terdapat beberapa buah bangunan lain termasuk sebuah bangunan sekolah empat tingkat.

Ketika berada di rumah saudara, saya melihat saudara saya meletakkan sesuatu di atas tiang pagar rumahnya. Saya difahamkan kemudian bahawa beliau meletak jagung kering yang telag dikisar. Tak lama kemudian sekumpulan burung pipit berkerumun memakan makanan yang telah disediakan oleh beliau. Saya kagum cara beliau "memelihara" burung pipt itu. Saya diberitahu oleh sauadara saya bahawa memberi makan pipit itu merupakan perkara beliau yang dilakukan setiap hari.

Pipit yang datang itu berwarna coklat bercampur putih dan sedikit hitam. Saya kira ia jenis Tree pipit .Pipit jenis ini banyak sekali ditemui sekarang . Tapi semasa kecil dulu saya tak pernah melihat pipit jenis ini. Tak tahu bila ia mula membiak di negeri ini. Hanya yang saya tahu tentang pipit waktu itu, ia berwarna hitam bertompok putih di kepala dan yang sejenis lagi berwarna coklat.

Bercerita tentang pipit jenis hitam itu, teringat saya akan cerita ibu tentang Pak Pandir (kalau di Sarawak ia versiPak Ande). Pak Ande disuruh Mak Ande menjemput pak aji untuk membaca doa selamat di rumah mereka. Apabila Pak Ande bertanya bagaimana rupa Pak Aji, Mak Ande memberitahu Pak Aji seorang yang berkopiah putih di kepala. Pak Ande keluar mencari pak aji dan bila pulang Pak Ande membawa bersamanya burung pipit hitam yang bertompok putih di kepala.

Sekitar tahun 60an banyak sekali pipit berwarna hitam ini di kampung kami. Tapi anehnya sekarang saya tak lagi menemui pipit ini. Ke mana perginya pipit ini ? Bila pula pipit jenis coklat (seperti dalam foto) itu sampai di sini. Saya tak pasti. Saya hanya ingin tahu apa terjadi pada pipit yang dahulu. Ada sesiapa yang tahu?

Pipit bersama pipit
makan di tanah rata
walaupun hidup sempit
jangan sekali meminta-minta

0 comments: