Antara lagu yang sangat saya sukai. Seingat saya lagu ini mula saya nikmati sejak berumur lapan belas tahun ( tiga puluh lapan tahun lalu). Dan saya kekal terhibur sehingga hari ini. Hari ini tiada apa yang dibuat di rumah. Isteri sedang masak kari kambing untuk makan malam ini bersama seorang anak yang baru datang dari KL. Sementara menunggu kari kambing masak saya layan diri dengan mendengar lagu Scarborough Fair pelbagai versi . Nah saya lekatkan salah satu versi untuk hiburan bersama.
6 comments:
saya pun minat lagu ini. Semasa menuntut di MPBL sekitar 1980-an, pensyarah muzik saya mengajar lagu ini. Kami diajar menyanyi lagu ini dengan pelbagai peringkat suara, suprano, bass alto dll.
Apabila tune lagu ini tadi, teringat nostalgia semasa menuntut di Maktab dengan teman-teman sekuliah yang pelbagai ragam.
Terima kasih sdr Muhddamine kerana berkongsi nostalgia. Saya kenal lagu ini semasa di Simunjan, bernyanyi bersama teman-teman di sana ketika itu.
OMG! I love this song too..
Thanks SK. Liriknya amat menyentuh..
Salam bang,
CT suka by Simon & Garfunkel...tapi yang lain2 pun CT suka juga:)
Anyway this is nice version from Amy Nuttal...Thanks Bang, bring back some good old memories*Wink
Salam CT,
Benar CT,nyanyian Simon & Garfunkel amat dirasai keindahannya.Ada kelapangan saya layan diri dengan nyanyian S & G.
Post a Comment