Telah tiba rupanya masa
tua
kedut pada muka
bercerita
masa yang pernah
diteroka
mata yang kian kuyu
menghilangkan rasa ayu
menjenguk jendela waktu
kulihat parasmu seperti
dahulu
kerana tua hanya
angka-angka
menghitung hari-hari
yang alpa
duduk di ranjang kenangan
kaki menjuntai di
lantai
kita menatap potret
pernikahan
kau hanya mampu berkata
‘kita telah tua.’
4 Januari 2012



4 comments:
Salam ayahanda.
Biar telah tua, hati masih settia dalam cinta. Susah senang masih dikongsi bersama :)
Salam buuat kekasih ayahanda yang tercinta.
Terima kasih anakanda. Salam bonda buat anakanda juga.
Kita semua memang telah tua...cuba bertahan dalam meniti usia :-(
Salam sayang dari CT suami/isteri untuk abang sekeluarga.
Alhamdulillah CT, kita sama-sama bersyukur diberi nikmat Allah merasai makna tua dan semoga kita dipanjangkan usia dan dipenuhi kehidupan kita oleh amal dan kebaikan jua. Salam buat CT, suami dan keluarga.
Post a Comment