CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, October 19, 2011

SEJENAK MENJINAK BENAK

sejenak dalam debar berpusar

kuhiliri Batang Lupar

merakam gusar benak

hadir gulung gemulung

merabak bening tebing

menyelongkar perdu nipah

tercabut dan hanyut


bidukku mudik ke hulu

meluncur sepantas unggas

Batang Lupar memusar kapar

Bening tebing dirabak kasar

sejenak benak melempar gusar


sukarnya melamar tenang

ketika pasang memperaga sasa

ketika benak memapar kuasa

ketika tebing dicantas luka


aku ingin menjinak benak

merakam wajah yang gagah

menjadi ikon bumi bertuah

hadirnya bukan pembawa resah

natijahnya pembentuk jiwa yg pasrah


sejenak menjinak benak

Batang Lupar mengajarku

makna kuasa dan siapa pemiliknya.


19 Oktober 2011

2 comments:

CT said...

Salam ziarah dari CT untuk abang. Ma'af kerana lama tak berkunjung...cuba-cuba juga untuk menulis kembali tapi benak masih buntu :-)take care bang!

Penabahari said...

Terima kasih CT kerana terus mengunjungi abang. Salam Aidil Adha drpd abang dan famili buat Ct dan famili. Masih di perantauan? semoga sejahtera hendaknya